RM14.7 juta, mata wang asing dan emas: Ismail Sabri didakwa

August 27, 2026 · Politik

Bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas pertuduhan gagal mengisytiharkan harta bernilai jutaan ringgit, mata wang asing serta jongkong emas kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ismail Sabri, 66, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Saya faham, mengaku tidak bersalah, mohon dibicarakan,” katanya ketika berdiri di kandang tertuduh.

Ismail Sabri hadir dengan mengenakan kot hitam dan kelihatan tenang ketika prosiding. Turut berada di mahkamah ialah isterinya, Muhaini Zainal Abidin, tiga anak mereka termasuk penyanyi Dafi serta beberapa penyokong.

Mengikut pertuduhan, Ismail Sabri didakwa sengaja memberikan pernyataan bertulis yang tidak mematuhi terma notis di bawah Seksyen 36(1)(a) Akta SPRM 2009 bertarikh 7 Januari 2025.

Kesalahan itu didakwa dilakukan ketika beliau gagal mengisytiharkan harta kepada SPRM di Ibu Pejabat SPRM, Presint 7, Putrajaya pada 7 Februari 2025.

Antara harta yang didakwa tidak diisytiharkan ialah wang tunai RM14,772,150 serta sejumlah besar mata wang asing termasuk dolar Singapura, dolar Amerika Syarikat, franc Switzerland, euro, yen Jepun, pound sterling, dolar New Zealand, dirham Emiriah Arab Bersatu dan dolar Australia.

Pertuduhan itu turut membabitkan lima jongkong emas Petak Suisse Fine Gold seberat satu kilogram setiap satu, satu jongkong perak seberat 100 gram serta satu syiling emas seberat lima gram.

Ismail Sabri didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan.

Kes itu merupakan perkembangan terbaharu dalam siasatan SPRM terhadap bekas perdana menteri berkenaan. Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil SPRM untuk memberi keterangan berkaitan pengisytiharan harta.

Siasatan turut menyaksikan SPRM merampas wang tunai sekitar RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing selain menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta.

Rampasan itu dilakukan dalam beberapa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai digunakan sebagai ‘rumah selamat’, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

Berita berkaitan
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
August 27, 2026· Isu semasa
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
16 jam lalu· Politik
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
16 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: SPRM tahan bekas pengerusi TH, bekas KSU Perbendaharaan
16 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
12 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
20 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
20 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
20 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
22 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok