RM169 juta milik Ismail Sabri diisytihar jadi hak kerajaan

October 1, 2025 · Politik

Wang tunai bernilai lebih RM169 juta yang didakwa milik bekas perdana menteri, Ismail Sabri Yaakob, kini secara rasmi menjadi hak mutlak Kerajaan Malaysia selepas perintah melucut hak dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Perintah melucut hak itu dikeluarkan oleh Hakim Suzana Hussin selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Mahadi Abdul Jumaat, berikutan ketiadaan pihak ketiga yang hadir untuk mencabar prosiding tersebut.

Jumlah wang yang dilucut hak itu merangkumi pelbagai mata wang asing, termasuk Ringgit Malaysia, Dolar Singapura, Dolar Amerika, Franc Switzerland, Euro, Yen Jepun, Pound Sterling, serta beberapa mata wang lain.

Pada prosiding terdahulu, mahkamah telah dimaklumkan Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Mohammad Anuar Mohd Yunus, yang dinamakan sebagai responden, tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pendakwaan bagi melucut hak wang tunai yang disita oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Oleh kerana kedua-dua responden tiada bantahan dan tiada sebarang tuntutan dibuat oleh pihak ketiga, mahkamah membenarkan wang terbabit dilucut hak kepada kerajaan,” kata oleh Hakim Suzana yang menjelaskan langkah itu dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta SPRM.

Mahadi memberitahu mahkamah Warta Kerajaan Persekutuan telah disiarkan dan difailkan secara e-kehakiman, dan sehingga hari perbicaraan, tiada pihak ketiga tampil untuk menuntut aset berkenaan.

“Pada hari ini, tiada mana-mana pihak ketiga hadir membuat tuntutan ke atas aset itu,” katanya.

Permohonan SPRM untuk melucut hak wang yang disita daripada Mohammad Anuar itu dibuat setelah suruhanjaya tersebut berpuas hati bahawa wang itu adalah milik Ismail Sabri dan berkait dengan suatu kesalahan di bawah Akta SPRM.

Kes ini mendapat perhatian umum apabila SPRRIM mendedahkan dan mempamerkan wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang serta jongkong emas bernilai tinggi dalam satu sidang media pada Mac lalu, yang dirampas berkaitan kes rasuah dan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Majoriti perwakilan DAP sokong kekal dalam Kerajaan Perpaduan hingga habis penggal
9 jam lalu· Politik
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
9 jam lalu· Politik
DAP pilih kestabilan, hormati keputusan Anwar kekalkan BN
9 jam lalu· Politik
Hubungan dengan Zahid masih baik, Anwar pilih kestabilan pertahan Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
8 jam lalu · Politik
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
17 jam lalu · Politik
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
17 jam lalu · Politik
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu · Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
8 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok