RM430 bilion diperuntukan bagi menjayakan RMK-13, pelaburan disasar RM611 bilion

July 31, 2025 · Isu semasa

Anggaran yang ditetapkan kerajaan untuk menjayakan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) sepanjang tempoh 2026 hingga 2030 adalah sebanyak
sebanyak RM430 bilion.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata RM430 bilion tersebut adalah peruntukan pembangunan oleh Kerajaan Persekutuan dengan sasaran pelaburan pula berjumlah RM611 bilion.

Menurutnya, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) akan menyumbang sebanyak RM120 bilion, manakala sokongan pihak swasta melalui pelaksanaan projek secara perkongsian awam-swasta (PPP) pula diunjurkan berjumlah RM61 bilion.

“Gabungan pelaburan ini penting dalam memastikan perancangan strategik RMK-13 dapat dilaksanakan dengan berkesan dan memberi impak langsung kepada pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.

Daripada jumlah peruntukan RM430 bilion itu, lebih daripada separuh iaitu sebanyak RM227 bilion akan disalurkan kepada sektor ekonomi sebagai tunjang utama pertumbuhan negara.

Sektor sosial turut diberi keutamaan dengan peruntukan RM133 bilion, merangkumi RM67 bilion kepada sektor pendidikan dan RM39 bilion untuk sektor kesihatan.

Sementara itu, sektor keselamatan akan menerima RM51 bilion, manakala sektor pentadbiran diperuntukkan RM17 bilion.

Anwar berkata, agihan strategik ini mencerminkan komitmen Kerajaan untuk memacu pembangunan negara secara menyeluruh dan berimpak tinggi.

“Dengan berjayanya kebijakan ikhtiar ini, menjelang 2030, kita bukan sekadar memiliki pencapaian material yang hebat dan mampu mengeluarkan produk bernilai tinggi, malah kita juga mempunyai rakyat yang berjiwa besar, hidup bersatu padu, saling menghormati kepelbagaian budaya dan memiliki jati diri yang utuh. Inilah impian Malaysia Madani,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa RMK-13 harus menjadi milik bersama melibatkan setiap individu, masyarakat, sektor swasta dan Kerajaan yang berganding bahu dan teguh bergerak di landasan pembangunan demi mengangkat darjat, harkat dan martabat rakyat.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
15 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Anwar imbau detik di Penjara Sungai Buloh
September 22, 2026· Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
September 20, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
16 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
16 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
17 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
17 jam lalu · Isu semasa
Dua pengarah Mandiri ditahan bantu siasatan AMLA
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok