RM48.873 bilion adalah jumlah yang diaudit bukan ketirisan, Jabatan Audit beri penjelasan

July 22, 2025 · Isu semasa

Jabatan Audit Negara (JAN) tampil memberi penjelasan berhubung jumlah keseluruhan yang diaudit jabatan itu yang disalah tafsir oleh setengah pihak kononnya ia adalah berpunca daripada ketirisan yang berlaku dalam projek kerajaan.

Dalam satu kenyataan, JAN berkata RM48.873 bilion bukan jumlah ketirisan yang ditemui dalam laporan disediakan agensi itu, sebaliknya ia adalah jumlah keseluruhan hasil audit melibatkan lima projek di tujuh kementerian.

“…Hasil daripada pengauditan terhadap lima (5) program/aktiviti/projek di tujuh kementerian dengan nilai kos keseluruhan program/aktiviti/projek yang diaudit berjumlah RM48.873 bilion dan jumlah ini bukan ketirisan atau kerugian seperti yang dilaporkan dalam beberapa portal media.

“Kenyataan sedemikian berpotensi mencetuskan kekeliruan serta persepsi negatif yang tidak berasas terhadap pengurusan kewangan negara,” kata kenyataan itu.

Selain itu, JAN juga mendedahkan sebanyak RM157.73 juta berjaya dikutip hasil daripada tindakan susulan audit yang cekap dilaksanakan oleh kerajaan.

Jumlah kutipan bagi tempoh tahun 2024 hingga bulan Jun 2025 itu susulan audit yang dilaksanakan antaranya menerusi tuntutan penalti, sewa tertunggak, kutipan Liquidated Ascertained Damages (LAD), tunggakan pajakan tanah, kutipan duti dan cukai.

Jabatan Audit Negara (JAN) dalam satu kenyataan media menjelaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2025 yang dibentangkan di Parlimen membuktikan komitmen kerajaan ke arah tadbir urus yang cekap, berakauntabiliti dan berorientasikan rakyat.

JAN juga berkata tindakan susulan akan diambil berdasarkan penemuan dalam laporan tersebut dan akan menambahbaik sekiranya terdapat kekurangan atau kelemahan melibatkan projek yang sedang dilaksanakan.

“Justeru setiap penemuan yang dibentangkan dalam laporan ini disusuli dengan syor penambahbaikan yang konstruktif bagi membantu kementerian dan jabatan serta agensi Kerajaan meningkatkan kecekapan operasi serta memperkukuhkan sistem dalaman dan pematuhan,” katanya lagi.

Daripada laporan sama, 44 isu juga dikenal pasti dan dimuat naik ke Papan Pemuka Dalam Talian Ketua Audit Negara untuk tindakan susulan agensi dan badan terbabit.

Isu-isu yang sama juga akan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Susulan Laporan Ketua Audit Negara (JSLKAN) dan Jawatankuasa Tindakan Ketakteraturan Serius (JTKS) yang dipengerusikan oleh Ketua Audit Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan secara bersama.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
2 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
7 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok