Pembinaan rumah mampu milik yang akan dibina adalah melalui Program Residensi Madani; Program Perumahan Penjawat Awam;Program Bantuan Bina Baharu Rumah dan Program Perumahan Mampu Milik di bawah kerajaan negeri dan pemaju swasta.
Kerajaan meletak sasaran untuk membina sejuta juta unit rumah mampu milik bagi tempoh 2026 hingga 2035 bagi membolehkan seramai mungkin rakyat mendiami rumah yang selesa dan selamat.
Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Rakyat hari ini dan akan memperluaskan Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk membolehkan lebih ramai rakyat termasuk yang berpendapatan rendah dan sederhana mampu memiliki rumah sendiri.
“Kerajaan terus komited untuk memastikan akses kepada kediaman yang berkualiti, mampu milik dan terangkum. Sehingga tahun 2025, 492,000 unit rumah telah siap dan sedang dibina oleh Kerajaan.
“Namun begitu, isu ketidaksepadanan antara permintaan, penawaran, serta harga rumah yang tidak selari dengan tahap pendapatan rakyat terus membelenggu dan perlu ditangani sebaiknya,” katanya.
Katanya, pembinaan rumah mampu milik yang akan dibina adalah melalui Program Residensi Madani; Program Perumahan Penjawat Awam; Program Bantuan Bina Baharu Rumah dan Program Perumahan Mampu Milik di bawah kerajaan negeri dan pemaju swasta.
Tambahnya, inisiatif seperti Kota Madani di Putrajaya yang melibatkan kerjasama kerajaan dengan pihak swasta akan diperluas sebagai model pembangunan perumahan mampu milik yang menterjemah konsep perbandaran ‘umran hadhari.
“Konsep ini membolehkan rakyat bukan sahaja memiliki tempat tinggal, tetapi juga menikmati kehidupan dalam sebuah bandar yang menggabungkan kemajuan dengan nilai, kemodenan dengan akhlak, dan teknologi dengan kemanusiaan.
“Perkhidmatan kesihatan juga tidak ketinggalan daripada senarai keutamaan kerajaan. Sistem kesihatan awam negara pada ketika ini kian terbeban dengan isu seperti inflasi perubatan, peningkatan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit (NCD) serta penuaan populasi,” jelas Anwar.
Rizab BNM cecah AS$126.9 bilion
Pelan baharu tangani kos sara hidup dilancar tahun ini: Armizan
Pelabur asing terus beli saham tempatan, aliran masuk cecah RM15 juta
Adam pertahan sekatan perjalanan peminjam PTPTN
Ringgit kekal stabil sekitar paras RM3.94 berbanding dolar: Bernama
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen