Rombakan Kabinet: Zaliha dan Mohd Na’im digugurkan

December 16, 2025 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan dua menteri serta seorang timbalan menteri digugurkan, sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar tidak lagi menganggotai Kabinet.

Jawatan Dr Zaliha kini diambil alih oleh Hannah Yeoh yang sebelum ini menerajui Kementerian Belia dan Sukan.

Sementara itu, portfolio Hal Ehwal Agama yang dikosongkan Mohd Na’im diserahkan kepada timbalannya, Senator Dr Zulkifli Hassan. Kekosongan jawatan timbalan menteri berkenaan pula diisi oleh pendakwah, Marhamah Rosli.

Dalam rombakan sama, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, K Saraswathy turut digugurkan dan digantikan Ahli Parlimen Segamat, R Yuneswaran.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, pelantikan dan perubahan tersebut dibuat bagi memperkukuh kecekapan pentadbiran serta memastikan pelaksanaan dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan tersusun.

“Langkah ini bertujuan memperkemas struktur Kabinet agar seiring dengan keutamaan semasa kerajaan,” menurut kenyataan itu.

Rombakan ini merupakan penstrukturan Kabinet terbaharu selepas rombakan sulung Kerajaan Perpaduan dilaksanakan pada Disember 2023.

Sebelum ini, Kabinet Kerajaan MADANI berdepan beberapa kekosongan portfolio menteri susulan peletakan jawatan dan tamat tempoh pelantikan.

Antaranya termasuk peletakan jawatan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick pada 8 November lalu, diikuti Rafizi Ramli yang berundur sebagai Menteri Ekonomi berkuat kuasa 17 Jun selepas gagal mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR.

Nik Nazmi Nik Ahmad pula meletak jawatan sebagai Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam berkuat kuasa 4 Julai.

Selain itu, portfolio Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri turut kosong selepas Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menamatkan tempoh pelantikan sebagai Senator.

Berita berkaitan
PMX mahu tatakelola tanah diperkukuh, pencerobohan dibendung
5 jam lalu· Isu semasa
Kes kematian pelajar Irene Sofiya: Anwar arah siasatan segera, telus
October 4, 2026· Isu semasa
Belanjawan 2027: Anwar beri ‘hint’ berita gembira untuk mahasiswa
October 3, 2026· Isu semasa
PKR buka semula pintu, tiga bekas MP diterima sebagai ahli semula: Laporan
October 3, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Subsidi kerajaan turun 40 peratus, bantuan untuk rakyat melonjak
5 jam lalu · Isu semasa
Muhyiddin gesa siasatan telus tragedi Irene Sofiya
5 jam lalu · Isu semasa
Kerangka baharu bagi graduan hadapi dunia kerja era AI: MCMC
5 jam lalu · Isu semasa
Pesara rugi lebih RM300,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian: Bernama
8 jam lalu · Isu semasa
MYEG digantung, RM314 juta hasil kerajaan masih tertunggak
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok