RON97 dan diesel naik tiga sen seliter, RON95 kekal: Laporan

July 16, 2025 · Isu semasa

Harga runcit RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter manakala harga runcit RON97 meningkat tiga sen seliter daripada RM3.18 seliter kepada RM3.21, bagi tempoh 17 hingga 23 Julai.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan untuk tempoh sama, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter, manakala di Semenanjung Malaysia naik tiga sen seliter daripada RM2.88 kepada RM2.91 seliter.

MOF memaklumkan penetapan harga itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit petrol RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan MOF.

Kementerian itu berkata kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – Bernama

Berita berkaitan
Zahid jangan main politik isu BUDI95: ADUN Buntong
September 11, 2026· Politik
Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 25 sen
September 9, 2026· Isu semasa
Harga petrol, diesel tanpa subsidi turun 5 sen
September 2, 2026· Isu semasa
BUDI MADANI: Had subsidi naik 300 liter mulai esok
August 31, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Saifuddin: Polis buka kertas siasatan, dakwaan Ismail dipaksa jadi perhatian
1 jam lalu · Isu semasa
DKU: Tuanku Muhriz kekal bertakhta, proklamasi penurunan tak sah
2 jam lalu · Isu semasa
FGV lantik firma audit bebas, semak isu tadbir urus
2 jam lalu · Isu semasa
Saifuddin mahu elaun RELA RM8 disemak segera
4 jam lalu · Isu semasa
Lawatan sulung PMX ke Maldives beri momentum baharu hubungan dua hala: Bernama
5 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok