Ruang untuk berunding dengan AS masih ada sebulan, PMX optimis

July 10, 2025 · Isu semasa

Malaysia masih mempunyai tempoh sebulan untuk berunding dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung pengenaan tarif timbal balas baharu yang diumumkan oleh Presiden AS, Donald Trump, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Negara AS, Marco Rubio ketika menerima kunjungan hormat Rubio di Parlimen pada Khamis, yang memberi jaminan bahawa pandangan Malaysia akan diberi pertimbangan memandangkan kedudukan negara sebagai rakan dagang utama AS di rantau Asia Tenggara.

“Rubio menyatakan bahawa surat itu surat secara umum, tetapi (Malaysia) masih mempunyai waktu selama satu bulan untuk berunding.

“Beliau juga tahu bahawa Malaysia adalah negara berdagang yang utama dengan AS di rantau ini, dan dia akan beri pertimbangan dan kemukakan pandangan kita,” kata beliau kepada pemberita selepas kunjungan tersebut.

Anwar berkata, isu tarif itu merupakan antara perkara utama yang dibangkitkan, memandangkan ia memberi kesan langsung kepada perdagangan dua hala Malaysia-AS serta kepada ekonomi serantau secara keseluruhan.

AS baru-baru ini mengumumkan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.

Angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding 24 peratus diumumkan pada April lalu.

Pada masa sama, Perdana Menteri menegaskan Malaysia akan terus mengamalkan dasar berkecuali dalam hubungan antarabangsa dan tidak akan tunduk kepada tekanan untuk memilih antara kuasa besar.

“AS masih menganggap hubungan dengan Malaysia penting dan juga mahu kekal malah meningkatkan kerjasama bersama dengan ASEAN dan memahami pendirian kita untuk berbaik dan berdagang dengan semua negara.

“Ini penting kerana banyak anggap bahawa kita (Malaysia) harus memilih mana-mana (pihak). Tidak. AS adalah rakan dagang yang penting, hubungan kita dengan China dan negara ASEAN serta negara lain itu akan kita tingkatkan untuk menjamin kepentingan rakyat dan faedah kepada negara,” kata Anwar.

Rubio tiba di sini pada Khamis bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan.

Ini juga merupakan lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik menyandang jawatan itu awal tahun ini.

Beliau mewakili AS ke mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai. – Bernama

Berita berkaitan
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026· Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026· Politik
PMX umum peruntukan pembangunan untuk Kelantan naik RM8 bilion
4 jam lalu· Isu semasa
Petronas boleh runding dapatkan bekalan minyak dari Rusia: Anwar
4 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Had umur 16 tahun bukan untuk sekat kebebasan bersuara: Fahmi
April 18, 2026 · Isu semasa
Cadangan kekalkan kuota BUDI95 kepada pengamal media akan dibincang: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
11 jam lalu · Isu semasa
Nahas helikopter Kalimantan Barat: Rakyat Malaysia terkorban dikenal pasti
11 jam lalu · Isu semasa
Harga minyak dunia turun selepas pembukaan Selat Hormuz
11 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok