Rusuhan di Indonesia.
Lima ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia telah digantung tugas berikutan kenyataan kontroversi mereka mengenai elaun dan keistimewaan wakil rakyat yang mencetuskan kemarahan umum serta mencetus siri protes besar-besaran di seluruh negara.
Tindakan disiplin ini diumumkan selepas perusuh merosakkan dan menjarah kediaman empat ahli DPR di kawasan Jakarta Raya, mencerminkan kemarahan rakyat terhadap gaya hidup mewah wakil rakyat pada ketika ramai masyarakat sedang bergelut dengan kos hidup yang semakin meningkat.
Parti NasDem telah menggantung Bendahari Agungnya, Ahmad Sahroni, serta ahli DPR yang juga bekas artis, Nafa Urbach.
Pengerusi NasDem, Surya Paloh, menjelaskan kedua-dua ahli tersebut telah mengeluarkan kenyataan yang melukai hati masyarakat dan bertentangan dengan prinsip parti ketika melaksanakan tugas sebagai wakil rakyat.
Ahmad Sahroni menimbulkan kemarahan apabila menyifatkan tuntutan untuk membubarkan DPR sebagai tindakan “paling tolol di dunia”.
Kediamannya di Tanjung Priok, Jakarta Utara, turut menjadi mangsa penjarahan pada hari Sabtu.
Sementara itu, Nafa Urbach mempertahankan elaun perumahan sebanyak 50 juta rupiah (kira-kira RM12,800) dengan alasan bahawa kebanyakan wakil rakyat berasal dari luar Jakarta dan perlu menanggung kos sara hidup yang tinggi.
Kenyataannya itu menjadi pencetus kepada demonstrasi mahasiswa sejak 25 Ogos lalu, dan rumahnya di Bintaro, Tangerang Selatan, juga telah dijarah.
Parti Amanat Nasional (PAN) turut mengambil tindakan dengan menggantung ahli DPR Eko Hendro Purnomo (Eko Patrio) dan Surya Utama (Uya Kuya).
Timbalan Pengerusi PAN, Viva Yoga Mauladi, menjelaskan tindakan ini selari dengan dinamika politik semasa dan merupakan sebahagian daripada usaha parti untuk menjaga maruah, disiplin, dan integriti wakil rakyat.
Eko dan Uya sebelum ini telah dikecam hebat selepas video mereka menari di dalam dewan DPR semasa Sidang Tahunan Presiden pada pertengahan Ogos tular di media sosial.
Kedua-dua kediaman mereka turut dijarah, dengan rumah mewah Eko di Mega Kuningan diserang hanya beberapa jam selepas beliau memohon maaf, manakala rumah Uya Kuya dirampas sehingga perabot, barangan elektronik, dan haiwan peliharaan diambil.
Parti Golkar juga menggantung Adies Kadir, Timbalan Speaker DPR, berikutan kenyataannya mengenai elaun wakil rakyat.
Beliau sebelum ini berkata ahli DPR berhak menerima 12 juta rupiah (RM3,075.53) sebagai elaun makanan dan 7 juta rupiah (RM1,794.06) sebagai elaun minyak, walaupun keterangan tersebut kemudian ditarik balik.
Namun, beliau tetap mempertahankan elaun perumahan sebanyak 50 juta rupiah. Walaupun rumahnya tidak diserang, kenyataannya telah memperbesar lagi kemarahan rakyat.
Ramai rakyat Indonesia melihat isu elaun perumahan ini sebagai pantulan jurang ketidaksamarataan yang ketara.
Elaun sebanyak 50 juta rupiah (RM12,800) itu hampir sepuluh kali ganda gaji asas bulanan purata pekerja di Jakarta, sekaligus memperkukuh persepsi bahawa elit politik semakin jauh daripada realiti kehidupan rakyat biasa.
Lelongan tuala dan selipar Jamal raih RM66,000 untuk bayar saman
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
Bersatu teruskan perjuangan jika ahli dan pimpinan kembali sertai UMNO: Razali
Sayap Bersekutu Bersatu pula desak Hamzah dipecat
Rafizi ambil tindakan undang-undang baharu terhadap NFCorp dan pengarah: Laporan
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen