“Saya tak bersalah, akan buktikan di mahkamah”: Shamsul Iskandar

December 4, 2025 · Politik

Bekas setiausaha politik kanan perdana menteri, Shamsul Iskandar Mohd Akin memberi jaminan untuk membersihkan nama melalui proses undang-undang selepas mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan berkaitan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Shamsul Iskandar berkata akan mengikut lunas proses perundangan bagi mendapatkan kebenaran terhadap tohmahan yang dibuat terhadapnya, sekaligus menjawab pertuduhan yang dihadapinya di mahkamah.

“Saya akan sedaya upaya membuktikan kebenaran serta mengikuti jalur hukum dan proses mahkamah,” tegas Shamsul Iskandar selepas prosiding kes.

Beliau juga merakamkan penghargaan atas sokongan rakan-rakan, sahabat dan peguam yang hadir.

“Terus mendoakan saya, saya akan terus lalui semua ini mengikut lunas dan jalur hukum,” katanya lagi.

Shamsul Iskandar menambah sentiasa bersikap proaktif dan memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang siasatan untuk membersihkan namanya.

Peguam beliau, Amer Hamzah Arshad, memberitahu prosiding berjalan lancar dan tarikh sebutan kes baharu telah ditetapkan pada Januari depan untuk pihak pendakwaan menyerahkan dokumen.

“Sepanjang proses, anak guam saya kekal dengan pendirian tidak bersalah terhadap semua dakwaan,” jelas Amer.

Beliau turut mendedahkan Shamsul Iskandar telah membuat laporan polis di Sabah berhubung tohmahan yang dilemparkan terhadapnya dan Perdana Menteri.

“Laporan itu dibuat bagi membersihkan namanya,” katanya.

Shamsul Iskandar didakwa atas satu pertuduhan bersetuju menerima rasuah RM100,000 dan tiga pertuduhan memperoleh wang serta barangan elektrik berjumlah RM76,829.03 pada 2023 dan tahun lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di beberapa lokasi sekitar ibu kota dan Putrajaya antara November 2023 dan Mac 2024.

Berita berkaitan
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu· Politik
Timbalan CEO SSM didakwa terima rasuah RM50,000 daripada anak Hamzah
March 12, 2026· Isu semasa
Pentadbir akaun Facebook dipenjara 10 bulan kerana hina pemergian Pak Lah
March 11, 2026· Isu semasa
Suami pelakon dituduh di mahkamah tipu urusan tanah dan gelaran
March 11, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
4 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
5 jam lalu · Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026 · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok