Saya tak pernah lihat IGP dalam program politik, ia satu fitnah: Fahmi

June 22, 2025 · Isu semasa

Fahmi Fadzil menyifatkan kesalahan penerbitan infografik melibatkan Ketua Polis Negara baharu, Mohd Khalid Ismail sebagai satu fitnah dan ia adalah maklumat yang tidak benar sama sekali.

Menteri Komunikasi itu berkata terkejut melihat infografik dikeluarkan portal berita tempatan itu, malahan beliau tidak pernah nampak Mohd Khalid bersama dalam mana-mana program politik dianjurkan parti.

“Saya memang agak terkejut dengan penerbitan satu grafik yang tidak betul, sangat tidak betul.

“Saya tidak pernah lihat Datuk Seri Khalid dalam mana-mana acara, mesyuarat, konvensyen atau kongres parti.

“Jadi, itu satu fitnah yang bagi saya sangat buruk,” katanya selepas Karnival Kita MADANI 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya di IWK Eco Park@Pantai Dalam, Lembah Pantai hari ini.

Fahmi turut menekankan kepentingan peranan Majlis Media Malaysia dalam menangani isu seperti itu, khususnya yang membabitkan etika kewartawanan.

“Kita baru sahaja menubuhkan Majlis Media, walaupun struktur majlis ini belum diwujudkan sepenuhnya saya melihat ia sebagai platform terbaik untuk menguruskan isu, termasuk berkaitan etika kewartawanan,” katanya.

Terdahulu, sebuah infografik yang memaparkan latar belakang Mohd Khalid disiarkan di media sosial dan menimbulkan kekeliruan mengenai pembabitannya dalam politik.

Berikutan itu, Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh turut mengesahkan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR, apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti berkenaan.

Portal tempatan itu juga sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan maklumat yang disiarkan di laman Instagram mereka.

Pihaknya menjelaskan maklumat berkenaan dimasukkan secara tidak sengaja dan Mohd Khalid tidak pernah terbabit dengan mana-mana parti politik.

Berita berkaitan
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
8 jam lalu· Politik
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
9 jam lalu· Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
13 jam lalu· Isu semasa
Judi, scam: Facebook paling banyak diminta turunkan kandungan
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
8 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
11 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
13 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok