Saya tak pernah terlibat mana-mana parti politik, kata IGP baharu

June 23, 2025 · Isu semasa

Sepanjang berkhidmat sebagai anggota keselamatan, Mohd Khalid Ismail berkata tidak pernah menyertai atau terlibat sama sekali dalam parti politik seperti yang didakwa baru-baru ini.

Ketua Polis Negara (IGP) yang baharu dilantik itu memberi penjelasan berhubung infografik dengan maklumat salah yang disiarkan oleh sebuah akhbar tempatan dengan menegaskan tidak pernah sama sekali terlibat dalam politik.

“As you know (sebagaimana yang anda tahu), Fuziah Salleh PKR telah memberikan sidang akhbar baru-baru ini menjelaskan segala-galanya.

“Selama 38 tahun saya dalam pasukan PDRM saya tak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini.

Terdahulu, sebuah akhbar tempatan dikecam banyak pihak susulan kesilapan menerbitkan infografik yang mengaitkan penyertaan Mohd Khalid dalam parti politik termasuk PKR sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Lantaran isu tular tersebut, Setiausaha Agung PKR, Fuziah mengesahkan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli PKR apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti berkenaan.

Akhbar tempatan itu menerusi portal berita sebelum ini juga sudah mengemukakan permohonan maaf secara terbuka atas kesilapan maklumat yang disiarkan di laman Instagram mereka.

Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan akhbar berkenan dalam masa terdekat.

“Kami akan bincang, dengar pandangan,memberi apa yang patut perlu dilaksanakan,” kata beliau.

Mengulas lanjut, Mohd Khalid menitipkan pesanan serta berharap pihak media memberikan laporan yang terbaik dan tepat.

“Insya Allah dalam masa terdekat ini, saya mohon kepada semua wartawan yang hadir hari ini supaya berikan laporan yang terbaik, yang tidak lari dari apa yang dilaporkan dan saya berharap hubungan yang rapat dan akrab perlu diteruskan di antara pihak polis bersama wartawan.

“Ini kerana ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi agensi kerajaan dan Kerajaan Madani terutamanya,” katanya.

Berita berkaitan
Pesara hilang RM1.4 juta akibat phone scam
September 2, 2026· Isu semasa
Kian Ming keluar DAP, mahu bantu KJ berkempen pada PRU-16
August 31, 2026· Politik
Tudung Jalur Gemilang tak lengkap, polis buka siasatan
August 30, 2026· Isu semasa
Scam: Cinta TikTok berakhir dengan kerugian RM112,500
August 29, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
16 jam lalu · Isu semasa
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
19 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
19 jam lalu · Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok