Saya terhutang budi dengan Guan Eng, tapi terpaksa bercakap benar: Saksi

May 27, 2025 · Isu semasa

Seorang saksi utama dalam kes membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, bahawa beliau hanya bercakap benar berhubung kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Bekas Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZCSB), Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 66, berkata, kes itu memang berlaku, kerana banyak bukti dan dokumen yang dikemukakan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa siasatan dijalankan.

“Saya terpaksa bercakap betul. Kalau ikut hati, saya berharap YB Lim Guan Eng menang dalam kes ini sebab saya terhutang budi dengannya.

“Bagaimanapun, semasa siasatan, saya tengok banyak bukti serta dokumen dan saya tidak dapat menafikan bahawa kejadian itu memang terjadi,” kata saksi pendakwaan ke-23 itu.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, pada perbicaraan kes rasuah projek pembinaan jalan-jalan utama dan terowong dasar laut di Pulau Pinang bernilai RM6.3 bilion membabitkan Guan Eng.

Wan Shaharuddin: Awak beritahu mahkamah bahawa awak diminta untuk membuat kenyataan akhbar berhubung projek itu, dan awak memaklumkan kepada mahkamah kandungan dalam kenyataan itu tidak betul, tetapi awak masih berikan kenyataan tersebut.

Zarul Ahmad: Saya buat sebab nak selamatkan projek saya, sebab tak nak keruhkan keadaan dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ketika itu dan mahu selamatkan beliau (Lim).

Zarul Ahmad berkata, dalam kenyataan itu, beliau menyatakan projek diperolehinya itu adalah secara telus dan tiada unsur jenayah, namun kenyataan itu tidak benar.

Wan Shaharuddin: Apa yang awak katakan ketika itu tidak benar, awak tipu rakyat Pulau Pinang dan sebagainya dan awak masih nak selamatkan imej Lim Guan Eng?

Zarul Ahmad: Saya memang terhutang budi dengan beliau dan saya akan ikut arahan beliau kerana ketika itu beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 64, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta, dengan membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi dilantik melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang bernilai RM6,341,383,702 antara Januari 2011 dan Ogos 2017, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul Ahmad sebagai upah, bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara jam 12.30 tengah malam dan jam 2 pagi pada Mac 2011.

Beliau turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta, dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Perbicaraan di hadapan Hakim Azura Alwi bersambung 24 Jun. – Bernama

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
4 jam lalu· Isu semasa
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
6 jam lalu· Isu semasa
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
8 jam lalu· Politik
Mahkamah tangguh prosiding bankrap Najib dan anak
10 jam lalu· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
September 4, 2026 · Isu semasa
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
4 jam lalu · Isu semasa
Pegawai IT lesap RM20,000 ditipu tawaran ‘cash out’ BNPL
6 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk IPU Serian cecah 521, Anwar bincang tindakan dengan Sarawak
8 jam lalu · Isu semasa
Nama diguna tanpa izin, tokoh kewangan tuntut RM10 juta
September 3, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok