Himpunan 'Turun Anwar' berlangsung di ibu negara.
Tiada jemputan dibuat pihak penganjur himpunan ‘Turun Anwar’ di ibu negara, kata Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri secara secara berseloroh berkata sedemikian selepas ditanya media berhubung himpunan diadakan hari ini di ibu negara yang mengumpulkan penyokong pembangkang.
“Saya tidak dijemput,” katanya ringkas kepada media selepas merasmikan Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2025 pada Sabtu.
Ahli Parlimen Tambun itu sebelum ini dilaporkan mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberikan kerjasama penuh bagi memastikan perhimpunan tersebut berlangsung dengan aman, lancar dan tanpa sebarang provokasi.
Susulan itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad memaklumkan bahawa sebanyak 16 laluan di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur terlibat dengan lencongan trafik, bergantung kepada keadaan semasa.
Terdahulu, ratusan peserta Himpunan Turun Anwar anjuran pembangkang dilaporkan mula memenuhi kawasan pekarangan Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman seawal jam 7 pagi.
Kebanyakan peserta mengenakan pakaian serba hitam yang tertera perkataan ‘Turun Anwar’ serta memakai lilitan kain putih di kepala sebagai simbol solidariti.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
Laporan: PAS gagal kemuka calon baharu pengerusi PN?
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong