Sejumlah RM4 bilion disalurkan untuk STR Fasa 1 dan 2: Laporan

July 24, 2025 · Isu semasa

Seramai 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) direkodkan dan sejumlah RM4 bilion disalurkan melalui bayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2, menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Katanya, terdapat baki dua fasa bayaran STR yang akan dibuat pada Ogos 2025 dan November 2025.

“Kerajaan meningkatkan peruntukan ke tahap tertinggi bagi STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) iaitu kepada RM13 bilion daripada RM10 bilion.

“Peningkatan ini terus memberi manfaat kepada sembilan juta penerima atau bersamaan 60 peratus penduduk dewasa negara,” katanya dalam jawapan bertulis yang dimuat naik di laman sesawang Parlimen.

MOF berkata demikian bagi menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) berkenaan jumlah peruntukan kewangan yang telah diagihkan bagi 2024 untuk program SARA.

Bagi program SARA, MOF berkata sehingga 14 Julai, 2025, lebih 4.9 juta daripada keseluruhan penerima SARA menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas di premis-premis berdaftar.

Ini mencerminkan kadar penggunaan sebanyak 92 peratus secara keseluruhan bagi bulan keempat pengkreditan

“Seramai 5.4 juta penerima direkodkan dengan jumlah kelayakan SARA untuk setahun sebanyak RM5 bilion.

“Jumlah penerima SARA juga telah ditingkatkan secara signifikan daripada 700,000 kepada 5.4 juta bermula April 2025,” kata kementerian itu.

Tambahnya, kerajaan kekal komited dan sentiasa memantau situasi semasa dalam memastikan program bantuan tunai kerajaan terus disalurkan kepada golongan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup. – Bernama

Berita berkaitan
Berita baik untuk rakyat, bantuan SARA akan dinaikkan pada masa terdekat
July 22, 2026· Isu semasa
PRN NS: Anwar harap pengundi kekalkan Aminuddin berdasarkan rekod
July 22, 2026· Politik
PRN NS: Anwar titip pantun, seru kekal bersahabat walau bertanding
13 jam lalu· Politik
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
14 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Teknologi perlu selamat, adil dan dipercayai
4 jam lalu · Isu semasa
Festival Sungai Melaka cipta dua rekod Malaysia Book of Records
7 jam lalu · Isu semasa
MCMC rekod lebih 377,000 permohonan turunkan kandungan bahaya tahun ini
10 jam lalu · Isu semasa
Malaysia tegas pertahan kedaulatan, bantah campur tangan Ahli Kongres AS: Fahmi
10 jam lalu · Isu semasa
PRN N9: Tauliah mengajar agama ahli politik digantung sementara
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Syarikat telco bocor data Khairul Aming merisaukan, Fahmi arah MCMC dapatkan laporan penuh
July 21, 2026
[VIDEO] PH sudah buktikan 8 tahun tadbir Negeri Sembilan, PRN ini teruskan kerajaan yang stabil
July 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok