Selamat Hari Bapa, jasamu takkan pernah terbalas: Fahmi

June 15, 2025 · Isu semasa

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan Selamat Hari Bapa yang disambut hari ini kepada semua insan yang bergelar bapa.

“Buat ayah yang selalu berkorban demi kebahagiaan keluarga. Selamat Hari Bapa. Dikaulah hero kami. Jasamu takkan pernah terbalas.

“Semoga kasih sayang dan pengorbanan insan yang bergelar ayah terus menjadi sumber kekuatan dan inspirasi buat kita semua. Terima kasih untuk segalanya,” katanya menerusi catatan di laman Facebooknya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Zaliha Mustafa menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada bapanya Mustafa Mohd Salleh, juga kepada suaminya Dr Ahmad Adzlan Musa atas tanggungjawab yang sentiasa dilaksanakan dengan kasih dan tabah.

“Peranan besar seorang bapa dalam membentuk kekuatan sesebuah keluarga perlu dihargai. Sebagai anak, saya mengenang jasa abah, Mustafa Mohd Salleh yang membesarkan kami adik beradik dengan nilai hidup yang ikhlas dan jujur.

“Sebagai isteri dan ibu, saya melihat bagaimana suami saya Dr Ahmad Adzlan Musa jalankan peranan sebagai bapa kepada anak-anak kami. Tenang, sabar dan sentiasa ada apabila diperlukan. Peranan bapa bukan hanya terhenti sekadar mencari nafkah, bahkan bapa juga perlu memberi sokongan emosi dan menjadi rakan kongsi dalam membesarkan anak dalam dunia yang semakin mencabar dewasa ini,” katanya.

Turut berkongsi ucapan yang sama adalah Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang menyifatkan peranan seorang bapa sebagai ketua keluarga yang memikul tanggungjawab besar dalam membentuk masa depan anak-anak selain menjadi pelindung, pembimbing serta sumber kekuatan sesebuah keluarga.

“Hari ini kita meraikan insan yang jarang meminta pujian, tetapi sentiasa memberi tanpa syarat dan kita memanggilnya ayah. A father’s love is forever. Grateful today and every day for you. Happy Father’s Day,” katanya di laman Facebook.

Sementara itu Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi R.Ramanan menerusi catatan di Facebook turut mengucapkan Selamat Hari Bapa kepada semua figura hebat yang bergelar bapa.

“Hari ini, kita raikan wira sejati dalam hidup, ayah, bapa, appa, papa, daddy. Dialah bahu untuk bersandar, walau jarang berkata, kasihnya tidak pernah kurang. Dalam diam dia berkorban, dalam lelah dia tetap bertahan.

“Dalam diam, beliau mendidik dengan teladan. Dalam penat, beliau tetap tersenyum demi keluarga. Tanpa banyak bicara, kasihnya kekal selamanya, dialah hero sebenar dalam hidup kita,” katanya. – Bernama

— BERNAMA

Berita berkaitan
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
11 jam lalu· Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
13 jam lalu· Isu semasa
Fahmi ziarah peserta rebah semasa persembahan Hari Kebangsaan di Hospital Putrajaya
September 2, 2026· Isu semasa
iQIYI turunkan 6 episod Madu atau Racun, baki enam lagi ditangguhkan
September 2, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
3 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
13 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
13 jam lalu · Isu semasa
Agong perkenan penamatan darurat di Serian hari ini: PMO
13 jam lalu · Isu semasa
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
13 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok