Harga mingguan minyak.
Rakyat Malaysia boleh mula menyemak kelayakan serta baki penggunaan subsidi petrol RON95 mereka mulai Khamis ini, 25 September, melalui portal www.budimadani.gov.my yang disediakan kerajaan.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan orang ramai boleh mengakses portal berkenaan mulai pukul 9 pagi Khamis.
Bagi pemandu e-hailing, mereka dibenarkan memohon tambahan kepada siling kelayakan sedia ada melalui kemudahan dalam talian yang sama.
“Orang ramai juga boleh menghubungi talian bantuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai BUDI Madani di nombor 1300-88-9595, juga mulai 9 pagi hari Khamis,” menurut kenyataan tersebut.
Kerajaan menegaskan sistem subsidi petrol RON95 yang disasarkan ini direka untuk memastikan proses tersebut tidak membebankan rakyat, sebaliknya memberi manfaat secara langsung.
“Bagi melindungi kesejahteraan rakyat, Kerajaan Madani akan memperuntukkan sekitar RM11 bilion untuk menampung perbezaan harga petrol bersubsidi dan tanpa subsidi,” jelas kenyataan itu.
Dengan pemansuhan subsidi pukal, dijangkakan BUDI Madani akan menjimatkan perbelanjaan kerajaan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun.
“Penjimatan tersebut akan digunakan untuk memperluas bantuan bersasar yang memberi manfaat terus kepada rakyat termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA),” tambah kenyataan itu.
Secara automatik, semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu aktif layak membeli RON95 sehingga 300 liter sebulan.
“Siling kelayakan bulanan ini telah ditetapkan berdasarkan dapatan kajian Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mana 99 peratus pemandu kenderaan persendirian di Malaysia menggunakan kurang daripada 300 liter sebulan,” katanya lagi.
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum