Semasa digantung tak ikut prosedur, sekarang kena ikut prosedur pula: Hisham

July 1, 2025 · Politik

Tiada rayuan akan dikemukakan berhubung keputusan penggantungan keahlian UMNO terhadap dirinya, kata Hishammuddin Hussein.

Bekas naib presiden UMNO itu mempersoalkan gesaan supaya beliau membuat rayuan untuk kembali diterima UMNO walhal semasa keputusan penggantungan sebelum ini tidak pula ia dibuat mengikut prosedur parti.

“Semasa saya digantung, tidak ikut prosedur. Apabila ada permintaan untuk saya diterima semula, kena ikut prosedur pula.

“Usul agar penggantungan saya ditarik balik bukan datang daripada saya. Usul penarikan datang daripada UMNO Bahagian Sembrong sendiri.

“Adalah menjadi tanggungjawab kepimpinan parti untuk memberi jawapan dan memberi penjelasan kepada mereka, bukan kepada saya,” katanya menerusi hantaran video di Facebook hari ini.

Terdahulu, Majlis Tertinggi (MKT) UMNO diputuskan boleh mempertimbangkan sebarang rayuan dikemukakan oleh mana-mana ahli dikenakan tindakan disiplin, selaras dengan Fasal 20.12 Perlembagaan UMNO.

Ia selepas UMNO Bahagian Sembrong pada Sabtu lalu, sekali lagi membawa usul agar penggantungan terhadap Hishammuddin ditarik balik serta-merta tanpa sebarang syarat.

Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Abdul Ghani Abdul Rashid berkata, usul itu merupakan kali kedua dibawa oleh bahagian tersebut, selaras dengan kehendak majoriti ahli perwakilan yang mahu Hishammuddin kembali aktif dalam parti.

Menurut Hishammuddin, beliau juga yakin keputusan besar seumpama itu sama sekali tidak akan menjejaskan kedudukannya.

“Dua tahun lalu, saya digantung dan hanya mengetahuinya melalui laporan media pada malam 27 Januari 2023.

“Tiga hari selepas itu, baru saya dapat surat rasmi menyatakan saya digantung atas alasan melanggar fasa-fasa dalam pelembagaan UMNO.

“Tidak ada sebarang penjelasan atau perincian lanjut dan hingga ke hari ini, saya masih tidak dimaklumkan secara rasmi dan bertulis mengenai sebarang kesalahan spesifik yang saya didakwa telah dilakukan,” ujar beliau.

Hishammuddin turut memaklumkan tidak dipanggil untuk memberikan penjelasan atau membela diri, malah tidak dibicara di hadapan jawatankuasa disiplin.

Oleh demikian, beliau berpandangan adalah penting untuk ditegaskan bahawa isu yang timbul bukan soal keahlian atau kedudukan dalam parti.

“Ini soal prinsip, integriti, keikhlasan dan keadilan yang selama ini saya pegang dalam UMNO. Ya, merayu dengan menulis surat memang ramai ingat senang.

“Tetapi bagi perjuangan saya selama ini, ia bukan sekadar untuk menjadi ahli kembali.

“Ini tentang memegang soal nilai dan prinsip yang bukan (diamalkan) saya sahaja, tetapi juga pemimpin-pemimpin UMNO terdahulu daripada kita. Ini yang sukar untuk saya kompromi,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan sama, beliau turut menegaskan bahawa kesetiaan kepada parti bukan diukur menerusi rayuan, tetapi prinsip yang dipertahankan.

“Semalam MT telah pun membuat keputusan mereka. Keputusan itu mencerminkan siapa mereka, bukan siapa kita.

“Mereka telah membuat keputusan dan sekarang saya teruskan langkah ke hadapan dengan bermaruah dan berprinsip.

“Inilah perjuangan nilai dan makna. Rayuan bukan penentu kesetiaan saya. Prinsip di dalam parti menentukan kesetiaan kita sebagai orang parti,” kata Hishammuddin.

Dalam pada itu, kongsi beliau, hubungan dengan rakyat dan akar umbi kekal harmoni biarpun tidak lagi memegang sebarang jawatan atau status dalam parti.

“Saya tetap diundang ke majlis-majlis dan diterima seperti sebahagian daripada mereka. Hubungan saya dengan rakyat tidak pernah bergantung kepada jawatan, mahupun status dan keahlian,” menurutnya.

Berita berkaitan
UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari
5 jam lalu· Politik
Kembalinya Hishammuddin, Khairy suntik keyakinan baharu kepada BN: Ka Siong
6 jam lalu· Politik
Hadi disaran muhasabah diri, bersihkan diri daripada bisikan syaitan: Razlan
March 14, 2026· Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS akan ambil jawatan Ketua Pembangkang, ganti Hamzah: Samsuri
March 14, 2026 · Politik
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
March 13, 2026 · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
March 13, 2026 · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
March 13, 2026 · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok