Semua calon yang bertanding sahabat lama yang setia, Anwar tak risau

May 19, 2025 · Politik

Pertandingan sengit dalam pemilihan PKR tidak akan memberi kesan kepada keharmonian dalam parti itu, kata Anwar Ibrahim dengan yakin.

Presiden PKR itu menyifatkan calon-calon yang bertanding dalam pemilihan peringkat pusat adalah sahabat yang setia dan masing-masing mempunyai kelayakan untuk mengisi jawatan tertinggi dalam parti itu.

“Persaingan di peringkat Pusat banyak orang susah hati, saya tak sangat susah hati kerana yang bersaing Timbalan dan Naib Presiden, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita itu dalam kalangan sahabat lama yang setia.

“Saya tengok senarai calon Naib Presiden misalnya, ramai yang cukup layak. Kalau saya ada dua tempat untuk Timbalan Presiden misalnya, dua-dua saya sokong, kalau ada 12 tempat Naib Presiden, semua saya sokong.

“Kalau kita lihat semua mereka rekodnya baik, tapi kalau kita tak pilih janganlah rendahkan martabat orang lain, ini disebut adab dan akhlak dalam perjuangan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Pejabat PKR Langkawi hari ini.

Jelasnya, beliau memberi sokongan kepada semua calon yang bertanding kerana semua mereka didapati layak, namun jawatan yang diperuntuk adalah terhad menyebabkan ahli perlu memilih.

Ujarnya lagi, ahli PKR terutama yang baru terbabit dalam parti perlu mengingat jasa dan pengorbanan pimpinan terbabit tanpa merendahkan sumbangan yang telah mereka berikan sejak sekian lama.

“Yang bertarung itu orang yang banyak berjasa, jadi jangan ambil sikap bermusuh. Jika ada berbeza pendapat kena ada sikap ihsan dan kasih sayang di kalangan kita.

“Sebahagian besar mereka adalah pejuang asal, oleh itu kita jangan tambah tingkatkan suhu kehangatan, kita mesti leraikan dengan baik.

“Walau kita berbeza pendapat dalam suatu perkara, kita tak boleh nafi jasa, khidmat, pengorbanan yang tinggi oleh orang ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengingatkan PKR dibina di atas prinsip dan nilai akhlak yang tinggi sehingga mampu menjadi antara parti yang memerintah negara ketika ini.

“Saya tak nafikan kadang-kadang keterlanjuran ini menyebabkan orang lupa bahawa teras parti ini adalah soal nilai dan prinsip yang kita perlu jaga, kalau kita sedar hal ini, maka soal akhlak menjadi keutamaan.

“Jangan disebabkan kita berbeza pendapat kita bermusuhan berlebih-lebihan. Kena ada ehsan, ada hadnya, ada susah orang, ada derita yang kita kena fikir keseluruhan aspek ini baru boleh jadi parti dan pimpinan yang adil,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
6 jam lalu· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Cadangan Audit forensik FELDA akan dibawa ke Kabinet: Anwar
August 25, 2026· Isu semasa
Anwar: Jadikan ajaran Rasulullah panduan hidup
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Kes pengisytiharan harta: Ismail Sabri akan didakwa esok
10 jam lalu · Politik
Mahkamah kekal keputusan, Ketua Menteri P. Pinang menang kes saman fitnah
14 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Kerajaan tidak akan kompromi dan tindakan tegas diambil
14 jam lalu · Politik
Aziz Bari gesa UMNO, PAS henti pertikai RCI Tabung Haji
14 jam lalu · Politik
Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok