Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.
Anwar Ibrahim hari ini mengarahkan semua jabatan kerajaan untuk tidak menggunakan barangan import, terutamanya makanan, dalam acara rasmi bagi menggalakkan penggunaan produk tempatan.
Perdana Menteri berkata penggunaan bahan tempatan dalam acara kerajaan bukan sahaja menyokong ekonomi negara, tetapi turut memberi peluang lebih luas kepada petani tempatan untuk memasarkan hasil mereka.
“Jadi kalau seluruh jabatan kerajaan (laksana arahan ini), maknanya peluang petani untuk mengeluarkan bahan-bahan tempatan lebih banyak,” katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan hari ini.
Anwar membandingkan amalan itu dengan negara jiran yang tegas dalam penggunaan bahan makanan tempatan dalam setiap majlis rasmi.
“Laos, Vietnam, Thailand, saya belum pernah makan dalam upacara rasmi jemputan kerajaan-kerajaan ini bahan makanan import. Tidak ada, secara automatik mereka pastikan makanan tempatan,” katanya.
Sehubungan itu, Perdana Menteri menegur kecenderungan sesetengah pihak yang masih memilih makanan import walaupun arahan jelas telah dikeluarkan.
Beliau menyifatkan tindakan itu tidak selari dengan semangat memperkasakan ekonomi tempatan, dan menasihati semua pihak supaya lebih peka terhadap keperluan menyokong hasil dalam negeri. – Bernama.
Gempa Batu Pahat, gegaran dirasai di enam kawasan sehingga ke Putrajaya
Tiga pelakon ditahan susulan video tular persenda Rukun Negara
53 ditahan dalam Op Pedo 3.0, guru dan pembantu makmal antara suspek
Kes scam: Panik kena dakwa, wanita jual barang kemas RM500,000
1MDB mohon izin rayu keputusan libat firma guaman UK
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum