Sentimen perkauman perlu dinilai secara tuntas, Asyraf ulas isu lantikan Menteri Wilayah

December 19, 2025 · Politik

Isu yang menyentuh sentimen perkauman tidak wajar dipandang ringan dan perlu diberi perhatian serius serta dinilai secara menyeluruh, kata Pengerusi MARA, Asyraf Wajdi Dusuki.

Asyraf yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, perkara itu penting kerana sentimen sedemikian sering dimanipulasi oleh pihak tertentu dan berpotensi menjejaskan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Saya sebutkan ini sentimen-sentimen yang berlaku dan saya kira Perdana Menteri telah pun memberikan responsnya.

“Namun paling mustahak sekali ialah isu ini perlu diperhatikan dan dinilai secara tuntas, tidak boleh dipandang enteng kerana ia melibatkan permainan sentimen dalam kalangan sesetengah pihak,” katanya selepas merasmikan High Innovation Product and Service Expo (HIPEX) 2025 di Kompleks MARA Halal Industrial Park hari ini.

Beliau mengulas kenyataan beberapa pemimpin PAS yang menyentuh isu perkauman susulan pelantikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh, dan Lo Su Fui sebagai timbalannya.

Mengulas lanjut, Asyraf Wajdi menyatakan keyakinannya kebajikan serta hak Bumiputera di kawasan bandar akan terus dipelihara.

Menurutnya, Wilayah Persekutuan kekal berada di bawah Jabatan Perdana Menteri, sekali gus memastikan setiap keputusan penting dipantau rapi.

“Setiap apa juga yang nak dilakukan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) mestilah dirujuk kepada Perdana Menteri,” katanya.

Beliau menambah, sebarang langkah melibatkan hal ehwal Wilayah Persekutuan akan mendapat perhatian pelbagai pihak.

“Jadi saya harap perkara ini diberi perhatian kerana apa juga langkah yang akan diambil pastinya akan diperhatikan secara dekat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau telah bertemu Yeoh, Asyraf Wajdi berkata pertemuan itu belum berlaku.

Menurutnya, tumpuan ketika ini lebih wajar diberikan kepada bencana banjir yang melanda beberapa negeri.

“Saya rasa lebih baik kita fokus kepada musibah yang sedang melanda sekarang. Keutamaan harus diberikan kepada mangsa, apatah lagi apabila dimaklumkan keadaan banjir berkemungkinan bertambah buruk,” katanya lagi.

Berita berkaitan
Kerajaan fokus stabilkan ekonomi, bendung tekanan kos sara hidup: Akmal Nasrullah
March 12, 2026· Isu semasa
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026· Politik
Ambil tindakan tegas juga terhadap pihak bertindak ganas: Akmal Saleh
March 11, 2026· Isu semasa
Malaysia pantau konflik Asia Barat, nilai kesan terhadap ekonomi: Akmal Nasrullah
March 10, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
4 jam lalu · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
5 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
5 jam lalu · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Rumah bangsa UMNO terima respons positif: Mat Maslan
March 10, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok