Siasatan kes Tan Sri seleweng dana lebuh raya makan masa sedikit: SPRM

June 12, 2025 · Isu semasa

Siasatan melibatkan seorang Tan Sri dalam penyelewengan dana sukuk bagi projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang mungkin memakan masa sedikit, kata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu siasatan kes berprofil tinggi itu dijangka mengambil masa satu hingga dua bulan lagi untuk diselesaikan kerana jumlah saksi yang ramai dan dokumen kewangan yang perlu dianalisis secara terperinci.

Menurutnya, siasatan masih berjalan dan pasukan penyiasat sedang meneliti pelbagai aspek penting termasuk dokumen serta penyata kewangan berkaitan.

“Kes ini mungkin mengambil masa, dalam tempoh sebulan atau dua lagi untuk disiapkan kerana terdapat banyak perkara yang perlu dikaji dan dianalisis, termasuk dokumen serta kenyataan kewangan.

“Setakat ini, kita sudah merakamkan kira-kira 53 orang saksi bagi kes berkenaan. Ramai lagi saksi akan dipanggil untuk diambil keterangan,” katanya dipetik laporan BH.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Konvokesyen Program Penguatkuasaan Undang-undang Bertauliah Kali Ke-2 Tahun 2025 hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, sepasukan pegawai Pasukan Taktikal SPRM (Anti-Corruption Tactical Squad, ACTS) meneruskan siasatan di kediaman individu bergelar Tan Sri itu, hari ini.

Pasukan itu dilaporkan tiba sekitar jam 8.45 pagi di kawasan kediaman mewah terletak di Bandar Tasik Selatan, dekat sini, dengan menaiki empat kenderaan.

Berita berkaitan
Pendakwah terkenal didakwa seleweng dana NGO RM13 juta
2 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
20 jam lalu· Politik
Mahkamah tolak permohonan lucut hak wang RM21.1 juta Aman Palestin
August 24, 2026· Isu semasa
Bekas CEO Tabung Haji direman bantu siasatan RCI
August 21, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
KJ mohon mahkamah dedah siapa di sebalik artikel fitnah
August 26, 2026 · Isu semasa
Kes scam: Ingat arahan bos, kerani pindah RM452,000
2 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin meluas, 29 kawasan catat IPU tidak sihat
20 jam lalu · Isu semasa
Gempa bumi lemah 3.1 gegar perairan Batu Pahat
20 jam lalu · Isu semasa
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
22 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok