Sokongan ADUN terhadap MB Perlis dipersoal: Laporan

December 23, 2025 · Politik

Kedudukan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli, dikatakan semakin goyah apabila lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) didakwa tidak lagi menyokong kepimpinannya, sekali gus mencetuskan spekulasi baharu mengenai kestabilan politik negeri itu.

Menurut sumber, pendirian berkenaan dikatakan dizahirkan melalui akuan bersumpah (Statutory Declaration, SD) yang telah dikemukakan kepada pihak Istana.

Perkembangan itu mencetuskan persoalan sama ada kerajaan negeri masih memiliki sokongan majoriti yang kukuh.

“Sebahagian besar ADUN sudah menyatakan pendirian masing-masing. Langkah seterusnya bergantung kepada keputusan Mohd Shukri sama ada memilih untuk meletakkan jawatan atau sebaliknya,” kata sumber berkenaan.

Difahamkan, situasi tersebut berkait rapat dengan kemelut dalaman yang berlarutan dalam Perikatan Nasional (PN) Perlis, termasuk hubungan yang dikatakan tegang antara Menteri Besar dan beberapa wakil rakyat daripada parti komponen kerajaan negeri.

Setakat ini, Mohd Shukri masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi bagi mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut.

Kepimpinan PN Perlis juga mengambil pendirian sama, sekali gus membiarkan pelbagai spekulasi terus berlegar.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Perlis, Ahmad Ali, pada Jumaat lalu tampil menyeru seluruh ahli PAS di negeri itu agar terus memberikan sokongan penuh kepada Mohd Shukri.

Dalam kenyataannya, beliau menegaskan kestabilan kerajaan negeri perlu dipelihara dan sebarang isu dalaman harus diselesaikan secara berhemah.

Dalam perkembangan lain, Mohd Shukri pada Isnin lalu dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital di ibu negara untuk pemeriksaan lanjut selepas pulang daripada urusan luar negara. Beliau dilaporkan mengadu sakit dada, namun keadaannya kini stabil.

Isu desakan supaya Mohd Shukri berundur bukan perkara baharu.

Pada 2023, ADUN Kuala Perlis, Abu Bakar Hamzah dari Bersatu, pernah secara terbuka meminta beliau meletakkan jawatan selepas mendakwa tidak dilantik sebagai Exco walaupun mendapat sokongan daripada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Pada tahun lalu, spekulasi serupa kembali timbul di media sosial dan beberapa laporan media, namun ketika itu PAS Perlis menafikannya sebagai khabar angin semata-mata.

Berita berkaitan
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
February 8, 2026· Politik
Bekas ADUN Tronoh kekal hukuman penjara, semakan mahkamah gagal
February 6, 2026· Politik
Isu tuduhan serang pimpinan ulama, Sanusi dakwa video disunting diambil sebahagian
February 4, 2026· Politik
PAS akui insiden tiga ADUN Perlis beri kesan kepada parti: Tuan Ibrahim
February 4, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
SPR nafi tarikh PRU-16 tular
4 jam lalu · Politik
Desakan RCI mafia korporat hanya ‘Drama Politik’ DAP: Ahmad Fadhli
4 jam lalu · Politik
Najib teruskan rayuan hina mahkamah isu titah adendum
4 jam lalu · Politik
PAS tolak ‘Rumah Bangsa’ kerana UMNO masih dengan DAP: Hadi
March 12, 2026 · Politik
AMK: Kenyataan PM berhubung kesan ekonomi global perlu dipandang serius
March 12, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok