SPRM: Arak mahal, kereta mewah mungkin dibeli guna wang seleweng

June 2, 2025 · Isu semasa

Arak mahal dan kereta mewah yang dirampas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini berkemungkinan dibeli menggunakan wang yang diseleweng daripada dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

SPRM baru-baru ini mendedahkan sedang menyiasat seorang individu bergelar “Tan Sri” terlibat dalam penyelewengan dana projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki berkata, transaksi itu dikesan melalui siasatan dijalankan pihaknya setakat ini malah kemungkinan wang yang dibelanjakan lebih daripada RM20 juta bagi aktiviti perjudian.

Katanya, turut ditemukan, sebanyak 300 botol minuman beralkohol mewah sebuah stor simpanan.

“SPRM masih mengesan aset di dalam negara dan luar negara untuk proses penyitaan.

“Setakat ini seramai 45 saksi sudah dirakam percakapan. Hasil semakan mendapati Tan Sri itu masih berada di dalam wad hospital swasta,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Media sebelum ini melaporkan SPRM sudah menyita aset dan membekukan akaun bank dengan nilai keseluruhan RM85.6 juta susulan siasatan membabitkan seorang Tan Sri berkaitan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang.

Azam dilaporkan berkata, antara yang disita termasuk 14 akaun individu berjumlah RM4.5 juta, lapan akaun syarikat berjumlah RM33 juta dan kenderaan mewah bernilai RM7.65 juta.

Menurutnya, barangan lain disita adalah beg tangan bernilai RM3 juta, jam tangan mewah RM7 juta dan hartanah yang disita pula bernilai RM24.5 juta.

Bulan lalu, media melaporkan empat individu termasuk seorang Datuk Seri ditahan kerana disyaki membuat tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta.

Kesemua suspek terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 50-an hingga 70-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Keempat-empat suspek disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai kira-kira RM360 juta menggunakan dana sukuk dalam sebuah projek pembinaan lebuh raya di Lembah Klang yang bernilai kira-kira RM1.30 bilion antara 2016 hingga 2017.

Berita berkaitan
Guan Eng persoal kedudukan Azam Baki berhubung isu saham
3 jam lalu· Politik
Ismail Sabri belum buat keputusan bertanding atau tidak dalam PRU depan: Laporan
15 jam lalu· Politik
Kedudukan CPI Malaysia meningkat, usaha lawan rasuah tunjuk hasil: Anwar
16 jam lalu· Isu semasa
SPRM nafi laporan Bloomberg terhadap Azam Baki, sifatkan sebagai mengelirukan
23 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kerajaan perangi judi haram secara lebih agresif: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
Dewan Rakyat diberitahu lebih 21,000 remaja hamil luar nikah sejak 2019
5 jam lalu · Isu semasa
Pembinaan rumah ibadat perlu mengikut lunas perundangan, titah Agong
5 jam lalu · Isu semasa
Majoriti pengguna RON95 guna bawah 200 liter sebulan: Anwar
6 jam lalu · Isu semasa
MCMC berjaya tumpaskan sindiket Stesen Pangkalan Palsu di Johor
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
January 28, 2026
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen
January 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok