Bekas menantu Ismail Sabri Yaakob, Jovian Mandagie sebelum ini disiasat berhubung isu wang RM170 juta yang ditemui pihak SPRM.
Bekas menantu Ismail Sabri Yaakob, iaitu Datuk Jovian Mandagie sudah berjaya dihubungi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
SPRM berkata bekas menantu Ismail Sabri itu sedia memberi keterangan dan kerjasama dalam siasatan melibatkan kes rasuah dan pengubahan wang haram RM170 juta berkait bekas perdana menteri itu.
Difahamkan, proses mengambil keterangan tersebut akan dijalankan di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia, tempat pereka fesyen terkenal itu kini menetap.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pegawainya telah berjaya menghubungi Jovian berhubung perkara berkenaan.
“Ya, pegawai saya sudah dapat menghubungi beliau (Jovian). Dijangka kita akan mengambil keterangannya dalam beberapa hari selepas Hari Raya Haji,” katanya dipetik Sinar Harian.
Dalam sidang akhbar minggu lalu, Azam berkata, Jovian merupakan saksi yang dinamakan oleh Ismail Sabri ketika keterangannya direkodkan sebelum ini, bagi mengesahkan aset yang diisytihar kepada SPRM.
SPRM akan pergi berjumpa dengan bekas menantu Ismail Sabri yang kini berada dan menetap di Indonesia.
Setakat ini, SPRM masih dalam proses menganalisis semua aset yang terlibat kerana sumber pendapatan Ismail Sabri terlalu banyak, memandangkan beliau pernah berkhidmat dalam pelbagai sektor termasuk sektor swasta, selain memiliki beberapa syarikat ketika bukan berada dalam pentadbiran kerajaan.
Sebelum ini, media melaporkan bahawa Ahli Parlimen Bera itu disiasat berkaitan perbelanjaan dan perolehan dana untuk promosi serta publisiti program Keluarga Malaysia sepanjang tempoh pentadbirannya sebagai Perdana Menteri, dari Ogos 2021 hingga November 2022.
Kes berkenaan disiasat mengikut peruntukan di bawah Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri