SPRM temui bilik simpan senjata api di rumah ‘Tan Sri’ yang sedang disiasat

June 13, 2025 · Isu semasa

Bilik rahsia menyimpan senjata api ditemui pasukan khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa proses penggeledahan kediaman seorang individu bergelar Tan Sri di Bandar Tasik Selatan, Cheras semalam.

Dalam satu kenyataan, SPRM berkata Pasukan Taktikal (ACTS) agensi itu diarahkan untuk terlibat dalam operasi semalam selepas pasukan penyiasat suruhanjaya mengesyaki wujud bilik rahsia dalam kediaman individu tersebut.

Katanya, proses penggeledahan itu dilaksanakan semasa proses merakam keterangan individu penting itu berhubung dakwaan penyelewengan dana sukuk bagi projek lebuh raya di Lembah Klang.

Menurutnya, individu terbabit disyaki menyimpan senjata-senjata di dalam sebuah bilik rahsia.

“SPRM mendapat maklumat terdapat bilik rahsia yang menyimpan barang-barang berharga termasuk senjata yang berkaitan dengan siasatan penyelewengan dana sukuk pembinaan lebuh raya di Lembah Klang di kediaman individu ini.

“Kehadiran pasukan ACTS adalah bertujuan menjaga keselamatan dan mengiringi pegawai serta barang-barang yang disita bagi dibawa pulang ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Sehubungan penggeledahan itu, katanya, SPRM telah menyita beberapa barangan mewah seperti beg, jam tangan berjenama serta jongkong, syiling dan patung emas, berlian serta barangan kemas.

Jelasnya, sitaan itu susulan penggeledahan oleh Bahagian Siasatan SPRM di kediaman individu terbabit yang merangkumi 84 beg mewah bernilai kira-kira RM3 juta; 11 unit jam tangan berjenama berjumlah kira-kira RM1 juta; jongkong, syiling dan patung emas bernilai kira-kira RM3 juta; serta berlian dan barangan kemas bernilai kira-kira RM4 juta.

Selain itu, tambahnya, satu set alatan kasino berjenama mewah yang dianggarkan bernilai RM150,000 juga telah disita.

Menurutnya, SPRM turut menemui sebuah bilik rahsia kebal yang merupakan tempat simpanan senjata dan peluru, namun tiada sitaan dilakukan kerana senjata berkenaan didaftarkan atas nama syarikat keselamatan milik individu terbabit.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan keseluruhan penggeledahan dan sitaan berjumlah RM16 juta dilaksanakan pada Khamis.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi sitaan dilakukan.

Dalam pada itu, Azam turut menyatakan bahawa proses rakaman keterangan individu tersebut akan ditangguhkan pada satu tarikh lain disebabkan faktor kesihatan individu terbabit.

Berita berkaitan
Bekas Pengarah FELDA direman SPRM berhubung projek dan penjualan tanah
14 jam lalu· Isu semasa
SPRM siasat penjualan tanah FELDA, dua bekas pengarah ditahan
September 6, 2026· Isu semasa
Siasatan FELDA, TH bukan soal dendam tapi rasuah mesti dihentikan: Anwar
September 6, 2026· Politik
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
September 4, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Kad UNHCR bukan lesen langgar undang-undang Imigresen
4 jam lalu · Isu semasa
MCMC diminta sekat jualan dadah dalam talian: Fahmi
12 jam lalu · Isu semasa
Zahid, Fahmi akan bawa isu PKD-NADI ke Kabinet sebulan lagi
14 jam lalu · Isu semasa
Zahid nafi KKDW terlebih belanja projek jalan luar bandar
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
14 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok