SPRM terus pencarian aset Daim dan keluarga di luar negara: Laporan

June 28, 2025 · Isu semasa

Empat negara dan sebuah wilayah Britain dikenal pasti dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung harta bernilai tinggi milik bekas menteri kewangan Daim Zainuddin, keluarga dan proksi beliau yang belum diisytiharkan.

Memetik laporan sumber, portal BH melaporkan agensi tersebut sedang menumpukan siasatan mereka melibatkan harta dan aset Daim dan keluarga di Amerika Syarikat (AS), Singapura, Jepun, Itali dan Jersey, wilayah Britain di Selat Inggeris, luar pantai Normandy, Perancis.

Sejak bulan lepas, agensi antirasuah itu dilaporkan telah mengambil tindakan berhubung beberapa aset berprofil tinggi dikaitkan dengan Daim dan keluarganya di United Kingdom (UK) serta Malaysia.

Laporan itu juga berkata SPRM akan mengambil tindakan sama sebelum oini juga akan diambil dengan memohon pihak berkuasa di negara terlibat membekukan aset dan harta dimiliki keluarga Daim.

Katanya, SPRM akan mendapatkan perintah larangan untuk memastikan tiada tindakan lain diambil terhadap semua aset terbabit sementara pihaknya menjalankan siasatan terperinci.

Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM Mohamad Zamri Zainul Abidin ketika dihubungi mengesahkan tindakan lanjut sedang diusahakan, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Khamis lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki mengesahkan pihak berkuasa UK bersetuju SPRM mengenakan perintah larangan terhadap sejumlah aset dan harta bernilai kira-kira RM700 juta milik keluarga Daim dan dan proksinya.

Pada 3 Jun lepas, SPRM membekukan akaun bank dan tujuh hartanah, termasuk tiga kediaman mewah di London, membabitkan nilai berjumlah GBP132 juta (RM758.2 juta).

Tindakan diambil terhadap harta didakwa milik isteri Daim, Na’imah Abdul Khalid dan keluarga itu berkait kesalahan di Bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Berita berkaitan
Azam Baki fail saman fitnah terhadap Albert Tei
9 jam lalu· Isu semasa
SPRM bongkar syarikat proksi dalam skandal rasuah, aset RM186.6 juta dibeku: Laporan
June 8, 2026· Isu semasa
SPRM kesan tuntutan palsu RM9 juta dalam program Daya Kerjaya: Bernama
June 7, 2026· Isu semasa
AGC teliti dua kertas siasatan libatkan Azam Baki
June 6, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Seorang guru didakwa amang seksual dua murid, miliki bahan lucah
5 jam lalu · Isu semasa
Pembangunan AI perlu berteraskan nilai kemanusiaan: PMX
5 jam lalu · Isu semasa
MCMC arah tindakan segera baiki liputan telekomunikasi di Kampung Tinagat
June 8, 2026 · Isu semasa
PMX akan kongsi visi Malaysia hadapi ketidaktentuan global semasa Forum Nikkei di Tokyo
June 8, 2026 · Isu semasa
Sebar video intim bekas suami, wanita menangis selepas didenda RM2,800
June 8, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok