SST dikecualikan bagi buah epal dan oren: Anwar

June 26, 2025 · Isu semasa

Buah epal dan oren akan daripada cukai jualan dan perkhidmatan (SST), umum Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata kelonggaran pengecualian cukai bagi kedua-dua buah import itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dikalangan orang ramai khususnya kumpulan B40 yang masih makan buah tersebut.

“Saya tengok ada banyak keresahan, kata ada orang miskin B40 masih makan epal dan oren import kerana murah.

“Biasanya Menteri Kewangan kalau dah buat keputusan kena tekad, tak boleh ubah-ubah.

“Ada munasabah juga. Pada mulanya, saya fikir, saya tak makan epal oren tak apalah, makan betik, buah jambu, langsat, ikut musim, dukun, durian.

“Tapi tak apa kerana kita beri kelonggaran. Import buah-buahan memang ada sedikit cukai, tapi epal dan oren dikecualikan,” katanya dalam ucapan semasa Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Kota Madani di Presint 19 hari ini.

Anwar bagaimanapun berkata, pengambilan epal dipengaruhi oleh tanggapan lama bahawa makan sebiji epal sehari adalah sihat. Namun, katanya, sebiji pisang sehari lebih baik kerana kandungan kalium yang tinggi.

Ujarnya, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikannya semalam.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, nilai ambang SST bagi buah-buahan berkenaan juga dinaikkan dari RM500,000 kepada RM1 juta.

“Kemudian katanya threshold (nilai ambang) untuk peniaga kecil terlalu rendah, (jadi) kita naikkan (kepada) RM1 juta kerana kita nak rakyat mesti sokong langkah ini,” katanya lagi.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Anwar sahkan PH sedia buka ruang kerjasama, bincang cari titik persamaan
18 jam lalu· Politik
Johari: Tiada usul undi tidak percaya diterima di Dewan Rakyat
24 jam lalu· Politik
Anwar sampaikan keresahan keluarga mangsa masih hilang kepada PM Nepal: Bernama
September 22, 2026· Isu semasa
Hassan saran Anwar kekalkan Loke dalam Kabinet, tolak peletakan jawatan
September 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
JPJ nafi hantaran tular berkait lesen kepada Rohingya, buat laporan MCMC: Bernama
3 jam lalu · Isu semasa
RM33.4 juta bunga ganja dirampas, 12 ditahan: Polis Selangor
20 jam lalu · Isu semasa
Remaja kes tikam sekolah Bandar Utama mahu kematian beramai-ramai, mahkamah diberitahu
20 jam lalu · Isu semasa
Kes 43 barang kemas: Global Royalty boleh tuntut RM67.5 juta daripada Rosmah
20 jam lalu · Isu semasa
Anwar luah terkilan, krisis adat Negeri Sembilan masih berlarutan: Laporan
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok