Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengulas berhubung isu Tengku Zafrul yang diterima sebagai ahli PKR.
Presiden PKR, Anwar Ibrahim akan berbincang dengan Setiausaha Agung parti itu, Fuziah Salleh, berhubung surat bantahan yang dikemukakan UMNO mengenai penerimaan Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz sebagai ahli PKR.
Anwar berkata perlu mendapatkan penjelasan terperinci daripada Fuziah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan lanjut mengenai perkara tersebut.
“Saya kena semak dengan Setiausaha Agung (Fuziah Salleh),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan hari ini.
Kenyataan Anwar itu dibuat bagi mengulas mengenai nota bantahan rasmi yang dihantar UMNO kepada parti-parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan berhubung isu kemasukan ahli UMNO ke parti politik lain.
Sebelum ini, Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi, menegaskan semua parti dalam kerajaan perlu menghormati perjanjian yang telah dipersetujui bersama.
Media sebelum ini melaporkan bahawa UMNO akan menghantar nota bantahan rasmi sebagai tanda protes terhadap tindakan beberapa parti yang membenarkan ahlinya menyertai parti mereka.
Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki, menjelaskan langkah itu diputuskan semasa mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MT) UMNO pada 13 Ogos lalu, kerana ia boleh menjejaskan hubungan dalam Kerajaan Perpaduan.
Tengku Zafrul yang sebelum ini merupakan ahli UMNO telah meletakkan jawatannya pada 30 Mei lepas dan permohonannya untuk menyertai PKR Cabang Ampang sudah diterima.
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
Akta Tabung Haji akan dipinda, amanah umat Islam jadi keutamaan
Kemiskinan, dadah ancaman sebenar orang Melayu: Saifuddin Nasution
RM2.58 bilion rugi, Syed Saddiq persoal pelaburan TH sampai ‘naik darah’
14 pembahas sokong DAP terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri