Surat sokongan bukan arahan, PMX enggan layan gesaan pecat pegawai

November 21, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim menolak desakan untuk memecat setiausahanya yang politiknya yang terbabit dalam isu surat sokongan kepada kontraktor bagi projek hospital.

Perdana Menteri menegaskan surat berkenaan bukanlah satu arahan dan tidak mempengaruhi pemberian projek tersebut, ia selepas Rafizi Ramli membangkitkan isu surat tersebut supaya memecat pegawai tersebut.

“Saya faham dari mana datangnya pandangan beliau, tetapi kita perlu melihat kepada tahap kesalahan.

“Saya memang tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan, tetapi kita perlu tanya sama ada projek itu benar-benar diberikan berdasarkan suratnya… jawapannya tidak,” jelas Anwar dipetik laporan BH.

Anwar juga berkata teguran kerash sudah dibuat kepada pegawai tersebut dan perlu dijadikan satu pengajaran agar tidak mengulangi tindakan sama.

“Jadi, kita sudah menegurnya… kita tidak boleh mendesak tindakan tegas diambil hanya kerana kita tidak bersetuju dengan orang itu.

“Kita perlu konsisten. Saya telah menggunakan kata-kata keras terhadap kakitangan saya supaya ia menjadi pengajaran kepada yang lain juga,” tambahnya.

Mengenai cadangan supaya kes itu disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Anwar menegaskan bahawa surat itu bukanlah satu arahan.

Beliau turut mengkritik sikap pihak yang dilihat sebagai memburukkan isu kecil sambil memejam mata terhadap skandal rasuah yang lebih besar.

“Kamu pejam mata pada semua kes besar ini tetapi memperbesarkan isu kecil… betul, ia memang tidak boleh dibiarkan, tetapi ia tidak patut disamakan dengan kes berbilion yang dicuri,” ujarnya lagi.

Rafizi sebelum ini mendakwa hanya dengan memecat setiausaha politik berkenaan, Anwar dapat membuktikan komitmen sebenarnya dalam memerangi rasuah.

Anwar berada di Afrika Selatan untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin G-20 sebagai Pengerusi ASEAN sebelum meneruskan lawatan rasminya ke Kenya.

Berita berkaitan
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
16 jam lalu· Isu semasa
Anwar: PRU-16 awal? Tunggu masa sesuai
18 jam lalu· Politik
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Bersatu sambut baik langkah kerajaan ringankan beban rakyat: Muhyiddin
August 31, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS Terengganu cadang calon PM dari negeri itu
13 jam lalu · Politik
PAS dicabar tarik balik Amanat Hadi, ramai orang UMNO masih tersinggung
18 jam lalu · Politik
Pelantikan Ketua Audit Negara perlu bebas campur tangan politik: Syahredzan
19 jam lalu · Politik
PAS-UMNO makin terbuka, hantar wakil hadir ke PAU
19 jam lalu · Politik
Guan Eng mahu Zahid dikenakan tindakan isu lebihan belanja di KKDW
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok