Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.
PAS tidak akan menggantikan presiden mereka, Abdul Hadi Awang dan dijangka akan terus mengetuai parti tersebut sehingga hayatnya.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan dipetik laporan media berkata tidak timbul isu Hadi akan berundur atau pun terus menyandang jawatan utama tersebut.
“Daripada pemerhatian kita secara dekat, sepatutnya tak timbul isu Tok Guru (Abdul Hadi) tak nak bertanding.
“Tak pernah ada (isu berundur dari jawatan presiden), cuma andaian-andaian pihak tertentu yang mungkin mereka nampak Tok Guru tak sihat dan sebagainya,” katanya dipetik laporan Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu menjelaskan dalam sejarah PAS menyaksikan Allahyarham Fadzil Noor memegang jawatan Presiden sehingga menghembuskan nafas terakhir pada 23 Jun 2002.
Selain itu, kata beliau, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat menjadi Mursyidul Am PAS hingga akhir hayat pada 2015.
Mengambil contoh amalan dalam solat, Takiyuddin berkata, individu beragama Islam yang mendirikan sembahyang boleh melaksanakannya mengikut keadaan semasa termasuk jika mengalami keuzuran.
“Kalau kita tak boleh berdiri, boleh duduk; tak boleh duduk, kita tidur (berbaring). Jadi itu konsep diambil Tok Guru (Abdul Hadi).
“Jadi kita rasa telah menyelesaikan desas-desus mengatakan apa-apa perubahan kepimpinan PAS. Saya yakin tidak ada, terutamanya dua jawatan teratas iaitu presiden dan timbalan,” katanya.
Sebelum ini, Hadi mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden PAS pada pemilihan Muktamar ke-71 di Kedah, September ini.
Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata beliau tidak berhasrat melepaskan jawatan presiden yang disandangnya selama lebih 20 tahun itu.
UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16
Marzuki dakwa UMNO jatuhkan kerajaan Muhyiddin
PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah
Kamil: Saya cuma ikut PM jalankan tugas rasmi, dakwa jadi mangsa fitnah
AMK Selangor gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN
[VIDEO] Aminuddin akui laluan tak mudah, sanggup berlari untuk tawan DUN Linggi, kubu kuat BN
[VIDEO] Hari penamaan calon PRN N9 di Linggi, Lukut, Chuah, Sri Tanjung dan Bagan Pinang