Timbalan Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Takiyuddin Hassan.
Konflik dalaman yang melanda Bersatu berpotensi untuk menjejaskan kestabilan dan prestasi Perikatan Nasional (PN) secara keseluruhan, terutamanya ketika persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah sedang giat dijalankan.
Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan mengakui sebarang krisis dalam sesebuah parti komponen pasti akan memberi kesan negatif kepada gabungan tersebut.
Bagaimanapun, beliau menegaskan isu pemecatan beberapa pemimpin Bersatu adalah perkara dalaman parti berkenaan.
“Mana-mana organisasi, baik pertubuhan atau parti politik yang mempunyai krisis dalaman sudah tentu menjejaskan aktivitinya,” jelas Takiyuddin kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Pasar Berek 12 hari ini.
Beliau menyeru semua pihak di dalam PN agar tidak terpesong daripada matlamat bersama dan segera memulihkan keutuhan serta perpaduan.
Takiyuddin menekankan ketika ini bukanlah masa yang sesuai untuk mana-mana parti komponen berdepan dengan masalah dalaman.
“Ia bukan hanya Bersatu kerana ada juga parti lain yang berdepan beberapa isu dalaman.
“Ini bukan masa sesuai berdepan masalah, sebaliknya kita perlu menstabilkan kedudukan masing-masing dan berharap semua perkara ini dapat diselesaikan dengan baik,” katanya lagi.
Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu minggu lalu yang memecat Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan, dan menggantung keahlian Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, telah menimbulkan tanda tanya mengenai perpaduan dalam parti tersebut.
Insiden ini dipercayai berkaitan dengan isu akuan bersumpah yang didakwa menyentuh kedudukan pucuk pimpinan Bersatu.
Himpunan rumah ibadat cetus kontroversi, AMK Johor pertahan Anwar
Kebebasan bersuara ada had, jangan sampai timbul kegusaran: Fahmi
Kemenangan 40 kerusi UMNO di Johor perlu dipertahankan: Mat Maslan
SD diguna untuk tukar kepimpinan, buka jalan kerajaan baharu dengan UMNO: Hanifah
PH teliti bentuk kerjasama dengan BN hadapi PRN Melaka dan Johor: Saifuddin
Kerajaan tegas pantau kandungan AI berbahaya: Nie Ching
[VIDEO] Menteri Pertahanan beri penjelasan isu rasuah ATM di Parlimen