Takiyuddin jawab sindiran ‘masuk PAS masuk syurga’

September 5, 2026 · Politik

Takiyuddin Hassan menegaskan perjuangan parti berteraskan Islam menjadi asas kepada keyakinannya mengenai ganjaran syurga bagi mereka yang berjuang mempertahankan agama.

Setiausaha Agung PAS itu berkata, ungkapan “masuk PAS akan masuk syurga” yang sering digunakan sebagai sindiran oleh pihak lawan politik mempunyai penjelasan dari sudut perjuangan Islam yang dibawa parti itu.

Menurutnya, PAS sememangnya sebuah pertubuhan politik, namun perjuangannya berlandaskan ajaran Islam.

“Kalau kita mati kerana berjuang mempertahankan Islam, tidak ada syak lagi, kita akan dianggap mati syahid dan kita akan diberikan ganjaran pahala, dan kita akan masuk syurga.

“Jadi dia (pihak lawan) kata pula, masuk PAS ni masuk syurga. Ya, masuk PAS, terima Islam, berjuang di atas landasan Islam, nakkan Islam sama ada di dunia ataupun di akhirat,” katanya.

Takiyuddin berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Perdana Sambutan Jubli Intan 75 Tahun PAS sempena Muktamar PAS ke-75 di Kota Bharu, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata perjuangan PAS turut mendapat sokongan golongan ulama, termasuk guru pondok, kerana parti itu membawa seruan Islam.

Katanya, keahlian PAS kini melebihi satu juta orang di seluruh negara, selain mendapat sokongan daripada individu yang bukan ahli parti.

“Orang yang dahulu dari UMNO, dari parti-parti lain ataupun mereka yang tidak berparti, termasuk golongan yang sebelum ini tidak cakna mengenai politik, orang sukan, pemain bola dan artis, sekarang ini sudah ramai yang menjadi ahli PAS,” katanya.

Takiyuddin turut mendakwa jumlah penyokong PAS boleh mencecah antara tiga hingga empat juta orang jika mengambil kira sokongan daripada bukan ahli serta mereka yang berada di luar negara.

Menyentuh sejarah parti, beliau berkata PAS bukan sebuah parti baharu, sebaliknya sudah berusia 75 tahun selepas ditubuhkan pada 1951.

Menurutnya, PAS menjadi satu-satunya parti politik di Malaysia yang secara jelas meletakkan Islam pada namanya.

“Itulah PAS, sebuah parti yang membawa seruan Islam. Nama pun Parti Islam Se-Malaysia, iaitu satu-satunya parti yang meletakkan nama ‘Islam’ pada parti,” katanya.

Muktamar PAS ke-75 berlangsung di Kelantan sejak Rabu, dimulakan dengan persidangan sayap parti sebelum pemimpin utama mengambil bahagian dalam sesi penggulungan pada penghujung muktamar.

Berita berkaitan
Zahid tak akan benar usul gugat MB Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
PN sasar lebih empat kerusi di Melaka hasil rundingan dengan UMNO: Tuan Ibrahim
October 9, 2026· Politik
Adly kritik Akmal, dakwa main sentimen kaum dan agama
October 9, 2026· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
October 8, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Belanjawan 2027: Bantuan rakyat perlu disusuli peningkatan pendapatan
9 jam lalu · Politik
PKR lapor polis isu sindiran ayat al-Quran oleh Eric See-To
14 jam lalu · Politik
Akmal kecam sindiran Eric See-To terhadap istilah ‘lighad’, jangan perlekeh al-Quran
16 jam lalu · Politik
Mat Sabu: Jadikan krisis Negeri Sembilan pengajaran buat pengundi PRN Melaka
October 9, 2026 · Politik
Parlimen: 19 kes DNAA libatkan 12 ahli politik sejak 2010
October 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok