Tarif AS: PMX bertemu Setiausaha Negara AS esok untuk berunding

July 9, 2025 · Isu semasa

Kerajaan akan terus mengadakan rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) susulan tindakan negara berkenaan mengenakan kadar tarif balas terkini sebanyak 25 peratus ke atas eksport Malaysia.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata dalam rundingan berkenaan, Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah berkaitan kepada negara tersebut sebelum kadar tarif itu dimuktamadkan pada Ogos depan.

“Kita telah menghantar pasukan untuk berunding dan menjelaskan bahawa negara kita adalah sebuah negara dagangan, maka sebarang kesan negatif terhadap ekonomi Malaysia akan turut memberi kesan kepada rantau ini.”

“Tentunya hubungan dengan AS kita harus kekalkan, tetapi kita juga akan pertahankan pendirian kita bahawa Malaysia ini negara dagang, jadi kita akan minta supaya dipertimbangkan (kadar tarif) itu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Anwar berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Asean (AMM) ke-58 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) hari ini.

Mengulas lanjut, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau juga akan membangkitkan mengenai isu tarif ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Negara AS Marco Rubio, pada Khamis.

Rubio dijadual mengadakan lawatan ke Malaysia minggu ini bagi menghadiri beberapa mesyuarat serantau peringkat tinggi dan sesi libat urus dua hala, menjadikannya lawatan pertama beliau ke Asia sejak memegang jawatan awal tahun ini.

Semalam, media melaporkan AS mengenakan tarif lebih tinggi sebanyak 25 peratus ke atas sebarang dan semua produk Malaysia yang dieksport ke negara itu, berkuat kuasa 1 Ogos tahun ini, berasingan daripada semua tarif sektor.

Angka itu merupakan satu peratus lebih tinggi berbanding dengan tarif diumumkan pada April lepas.

Dalam sepucuk surat kepada Anwar dimuat naik di akaun Truth Social pada Isnin, Presiden AS Donald Trump berkata angka 25 peratus itu jauh lebih rendah daripada perkara diperlukan untuk menghapuskan ketidakseimbangan defisit perdagangan yang AS alami dengan Malaysia. – Bernama

Berita berkaitan
Majlis Amanat Hari Kebangsaan dipindah ke PICC kerana jerebu
2 jam lalu· Isu semasa
Banjir Nepal: Kerajaan giat kesan 54 rakyat Malaysia
11 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Kebebasan mahasiswa mesti diberi sepenuhnya
24 jam lalu· Politik
Syed Azman Tokoh Perdana Maulidur Rasul, Anwar ucap tahniah kepada semua penerima
August 25, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
RCI Tabung Haji: Bekas pengerusi TH, KSP direman tujuh hari
7 jam lalu · Isu semasa
Bekas menteri dijangka didakwa rasuah esok, identiti belum didedahkan: Laporan
7 jam lalu · Isu semasa
SPRM reman bekas Pengerusi dan KSP berkait RCI TH
11 jam lalu · Isu semasa
Harga petrol tanpa subsidi naik 5 sen
24 jam lalu · Isu semasa
Dua pembantu Najib diperintah bayar RM483,000 kepada pendakwah bebas
August 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok