Johari Abdul Ghani.
Kekosongan jawatan Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam yang dikosongkan oleh Nik Nazmi Nik Ahmad akan dipangku Menteri UMNO, Johari Abdul Ghani.
Tiada menteri baharu diumumkan untuk menggantikan Nik Nazmi, sebaliknya Johari yang juga Menteri Perladangan Dan Komoditi akan menjalankan tanggungjawab yang ditinggalkan Ahli Parlimen Setiawangsa itu.
Perkara itu diumumkan oleh setiausaha kabinet Shamsul Azri Abu Bakar dalam kenyataan sebentar tadi, kira-kira sebulan setengah selepas Nik Nazmi meletakkan jawatan bersama Rafizi Ramli kerana kalah pemilihan PKR.
Shamsul Azri berkata Johari akan menjalankan fungsi Menteri Sumber Asli Dan Kelestarian Alam secara serta-merta.
Dengan pengumuman tersebut, UMNO kini mempunyai lebih ramai berjawatan menteri dalam Kabinet pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
SMART berlepas ke Nepal, cari mangsa tanpa kira negara
Jerebu teruk, 647 sekolah Sarawak ditutup lima hari
PMX mahu hentikan pemakaian baju lokap oren terhadap suspek
Agong perkenan darurat jerebu di Serian: PMO
Kes MEX II: DNAA Abu Sahid, isteri ditolak mahkamah
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum