Ketua Puteri UMNO Malaysia, Nurul Amal Mohd Fauzi.
Puteri UMNO menyatakan kekesalan susulan tindakan dibuat oleh Tengku Zafrul Tengku Abd Aziz yang mahu menyertai PKR.
Ketua Puteri UMNO Malaysia, Nurul Amal Mohd Fauzi berkata sekiranya PKR menerima penyertaan Zafrul ia akan mengguris hati UMNO dan mencalar hubungan setiakawan.
“PKR perlu faham, menerima individu yang meninggalkan parti sahabat dalam kerajaan bukan hanya mengguris hati ahli UMNO, tetapi mencalar semangat setiakawan yang menjadi asas pembentukan Kerajaan Perpaduan,” kata Nurul Amal dipetik laporan media.
Beliau berkata, tindakan seperti ini hanya akan mengundang kecurigaan dalam kalangan parti komponen, dan boleh menyebabkan perpecahan dalam gabungan yang sepatutnya bersatu memulihkan negara.
“Keinginan beliau untuk menyertai PKR akan menjadi kayu ukur sejauh mana kukuhnya Kerajaan Perpaduan. Soalnya sekarang, adakah PKR sanggup menggadai setiakawan hanya kerana seorang individu yang meninggalkan parti?” katanya.
Dalam nada tegas, Nurul Amal juga menegur sikap selektif Zafrul yang hanya mahu melepaskan jawatan dalam UMNO tetapi kekal dalam kerajaan.
“Apakah Zafrul memilih untuk melepaskan tanggungjawab, tetapi tidak mahu melepaskan keistimewaan yang datang bersamanya?” soalnya.
Zafrul dalam satu kenyataan semalam mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli parti itu berkuat kuasa serta-merta.
Beliau juga mengesahkan sudah menyatakan hasrat untuk menyertai PKR kepada Presiden, Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung, Dr Fuziah Salleh.
URA ditarik balik lagi, Kor Ming digesa ambil tanggungjawab: Lian Ker
PM gesa tolak amalan kartel, lindungi kepentingan rakyat
PN bakal muktamad pindaan perlembagaan minggu depan: Muhyiddin
Bos Mydin bidas Ahli Parlimen DAP: “Lu Siapa?”
PAS sudah ada calon Pengerusi PN: Hadi
[VIDEO] Ekonomi negara catat pertumbuhan kukuh, ringgit dan bursa meningkat
[VIDEO] Kalau ada tak terima bahasa Melayu, lebih baik jangan duduk di Malaysia: Agong