Tiada desakan Akmal letak jawatan Exco Melaka, kata setiausaha politik Ketua Menteri

January 8, 2026 · Politik

Kerajaan Melaka di bawah kepimpinan Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh disifatkan berada dalam keadaan stabil dan berfungsi dengan baik, sekali gus menafikan keperluan mendesak supaya mana-mana Exco negeri, termasuk Dr Muhamad Akmal Saleh, meletakkan jawatan.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Melaka, Abdul Hakim Abdul Wahid, berkata pentadbiran negeri ketika ini kekal fokus kepada agenda pembangunan dan kebajikan rakyat tanpa terganggu oleh polemik politik yang tidak berasas.

Menurutnya, desakan agar mana-mana Exco atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melepaskan jawatan adalah tidak wajar, terutama ketika kerajaan negeri sedang melaksanakan amanah yang diberikan oleh rakyat.

“Kerajaan Melaka berpandangan bahawa spekulasi dan tekanan politik yang tidak berfakta hanya akan mengganggu tumpuan pentadbiran. Ia tidak membawa sebarang manfaat kepada rakyat atau kestabilan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau menegaskan Akmal masih menjalankan tugas serta tanggungjawabnya sebagai ADUN dan Exco dengan baik, dan sebarang desakan supaya beliau berundur adalah tidak berasas.

“Tidak ada sebab untuk mana-mana pihak mendesak beliau meletakkan jawatan. Kerajaan negeri kekal komited untuk mentadbir secara berhemah, berprestasi dan berpaksikan kepentingan rakyat,” katanya lagi.

Isu ini tercetus selepas Akmal membawa dua usul dalam Konvensyen Khas Pemuda UMNO pada Sabtu lalu, termasuk cadangan agar UMNO kembali bekerjasama dengan PAS serta menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan untuk berperanan sebagai pembangkang.

Susulan itu, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) menggesa Muhamad Akmal meletakkan jawatan sebagai Exco selari dengan pendiriannya.

DAPSY Kebangsaan dalam satu kenyataan menyifatkan naratif ‘keluar kerajaan’ yang dimainkan sebagai sekadar gimik politik, susulan pendirian Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi yang menegaskan parti itu kekal bersama Kerajaan Perpaduan.

Dalam perkembangan berkaitan, hantaran terbaharu Akmal di media sosial yang menyebut kemungkinan sudah tiba masanya untuk mengundur diri turut mencetuskan pelbagai spekulasi.

Namun begitu, kerajaan negeri menegaskan fokus utama ketika ini adalah memastikan kestabilan berterusan dan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat Melaka.

Berita berkaitan
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026· Politik
Isu PRN Melaka: MP DAP dan Akmal bertikam lidah
April 16, 2026· Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
April 15, 2026· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PKR nafi dakwaan bertanding sendiri PRN Johor
April 18, 2026 · Politik
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
April 18, 2026 · Politik
Khairy kembali UMNO sebab nak bertanding kerusi pilihan raya saja: Rafizi
4 jam lalu · Politik
Jangan hanya semasa senang saja nak bersama dengan BN: Zahid
4 jam lalu · Politik
Hisham bersyukur penggantungan ditarik balik, sedia bantu UMNO kembali
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok