Kes Polis.
Tiga aktivis direman selama tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung insiden gangguan terhadap ucapan Azam Baki pada satu majlis di World Trade Centre Kuala Lumpur semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata ketiga-tiga individu berkenaan ditahan atas beberapa kesalahan termasuk menghalang penjawat awam menjalankan tugas, hasutan, ugutan dan pencerobohan.
“Siasatan masih dijalankan dan permohonan reman sudah dibuat terhadap tiga individu terbabit. Kita cuba melengkapkan siasatan segera sebelum dirujuk kepada perundangan,” katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
Insiden berlaku kira-kira jam 2.45 petang ketika Azam menyampaikan ucapan pembukaan Wacana Ilmiah Perdana yang dihadiri Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Dua lelaki dilaporkan berjalan ke arah pentas sambil mengangkat sepanduk dan menjerit, sekali gus mengganggu perjalanan majlis rasmi tersebut.
Program itu turut dihadiri beberapa tokoh termasuk barisan panel daripada pelbagai sektor.
Dalam perkembangan sama, Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia, Jais Abdul Karim, menegaskan kebebasan bersuara perlu disertai tanggungjawab.
“Dalam negara demokrasi, kebebasan bersuara adalah hak, tetapi ia bukan lesen untuk bertindak biadab atau mencetuskan provokasi,” katanya.
Beliau menambah tindakan mengganggu program rasmi bukanlah bentuk advokasi matang, sebaliknya menunjukkan kegagalan memahami batas antara hak dan tanggungjawab.
Menurutnya, Malaysia menyediakan pelbagai saluran sah untuk menyuarakan pandangan termasuk forum terbuka dan proses undang-undang.
“Ini bukan soal menutup suara, tetapi memastikan disiplin sosial dan kedaulatan undang-undang terus dipelihara,” katanya lagi.
Shuhaily kembali bertugas di AKPS, pengganti belum dibincang: Saifuddin
Bekalan makanan negara cukup untuk enam bulan: Zahid
Minyak dunia berisiko melonjak AS$140 setong: Goldman Sachs
Ringgit dibuka tinggi didorong jangkaan normalisasi OPR: Bernama
Johari: Kebergantungan pekerja asing perlu dikurangkan segera
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum