Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu

August 19, 2026 · Isu semasa

Polis menahan pemandu lori Jabatan Imigresen dan pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan maut di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, awal pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata kedua-dua pemandu ditahan bagi membantu siasatan dan mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab dalam kejadian itu.

“Pihak polis setakat ini menahan pemandu lori dan pemandu kenderaan yang melanggar lori terbabit untuk memastikan pihak mana yang bersalah.

“Permohonan reman terhadap individu yang ditahan dilakukan pada pagi ini. Keluarga mangsa disahkan berada di laluan pejalan kaki yang selamat sebelum lori berkenaan terbabas lalu melanggar mangsa,” katanya pada sidang media, hari ini.

Menurutnya, polis turut mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari pelbagai sudut di sekitar lokasi bagi membantu membina gambaran lebih jelas mengenai punca kemalangan.

Beliau berkata, kawasan berkenaan dipercayai mempunyai liputan kamera yang meluas dan rakaman berkenaan akan diteliti sebagai sebahagian daripada siasatan.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga sekeluarga maut selepas dilanggar lori Jabatan Imigresen yang terbabas di persimpangan berkenaan.

Mangsa terdiri daripada seorang lelaki berusia 53 tahun dan dua anak perempuannya, masing-masing berusia 12 dan 25 tahun. Seorang lagi ahli keluarga mereka turut terbabit dan dilaporkan parah.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa, berkata kemalangan membabitkan sebuah lori Isuzu Black Maria tanpa muatan, dua kereta dan empat pejalan kaki yang juga daripada keluarga sama.

Siasatan awal mendapati lori dipandu lelaki berusia 43 tahun yang dalam perjalanan dari pejabat Imigresen Kuala Lumpur menuju ke Chow Kit bagi mengambil orang kena tahan (OKT) susulan operasi pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan berkenaan.

Kemalangan itu mengundang perhatian selepas lori berkenaan terbabas dan merempuh mangsa yang berada di kawasan laluan pejalan kaki.

Polis kini meneliti semua aspek termasuk keadaan pemanduan, pergerakan kenderaan terbabit serta rakaman CCTV sebelum tindakan lanjut ditentukan.

Berita berkaitan
Fahmi umum bantuan untuk dua wartawan kemalangan
October 25, 2026· Isu semasa
Anwar doakan Ustaz Wadi Annuar segera pulih selepas terlibat kemalangan
October 23, 2026· Isu semasa
Pemandu kereta EV didakwa tiga kes, termasuk sebabkan kematian Asiah
October 15, 2026· Isu semasa
Kemalangan maut Temerloh: PM zahir takziah, minta siasatan teliti dijalankan
September 1, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
44 transaksi RM1 juta berkait rasuah pekerja asing, lima individu ditahan SPRM
October 28, 2026 · Isu semasa
Tiada bukti syarikat Malaysia cetus kebakaran hutan Indonesia: Arthur
October 28, 2026 · Isu semasa
Kes saman RM1.9 juta: Najib dibenar hadir prosiding lawan Tommy Thomas
October 28, 2026 · Isu semasa
Kerajaan sudah bayar RM42.5 bilion hutang 1MDB, berbaki RM8.9 bilion
2 jam lalu · Isu semasa
Parlimen: RUU tahanan di rumah hampir siap diteliti KDN, AGC
2 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok