Trump hadir ke Sidang Asean pada Okt, tangguh pengumuman kadar tarif: PMX

July 31, 2025 · Isu semasa

Anwar Ibrahim mengesahkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur Oktober ini.

Di Dewan Rakyat, Perdana Menteri memberitahu sudah bercakap Trump ketika perbualan telefon pagi tadi dan beliau menzahirkan penghargaan kepada negara kerana memainkan peranan penting dalam mendamaikan konflik antara Thailand dengan Kemboja.

“Saya ingin memaklumkan pada jam 6.50 pagi tadi saya berpeluang bercakap dengan Presiden AS, Donald Trump.

“Beliau memulakan dengan menyatakan penghargaan setinggi-tinggi kepada Malaysia kerana telah memainkan peranan yang berkesan dan sebaiknya dalam menyelesaikan konflik Thailand dengan Kemboja… Walaupun dalam respon saya menyatakan ini kerana kesepakatan Asean dan kerana sikap positif kedua-dua negara dan juga kerjasama yang ditunjukkan oleh Amerika khususnya Presiden Trump dan juga Presiden Xi Jinping Presiden China,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 di Dewan Rakyat hari ini.

Semasa perbualan telefon pagi tadi, Anwar turut membangkitkan berhubung isu tarif yang dikenakan kepada Malaysia dan pihak Trump mencapai persetujuan untuk menangguhkan pengumuman keesokkannya.

“Kami turut membincangkan soal tarif atas semangat dan prinsip perdagangan bebas dan juga pelbagai siri rundingan yang digerakkan oleh MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) bersama dengan pihak Amerika (wakil perdagangan).

“Setelah perbincangan berlaku dan beberapa penjelasan saya sampaikan, beliau (Trump) memutuskan untuk menangguhkan pengumuman keesokkannya dan kadar tarif akan diumumkan esok…Kita doa Insyaallah ia akan membantu dan tidak membebankan negara kita,” ujarnya lagi.

Anwar juga berkata Trump mengesahkan kehadirannya pada Oktober ini bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean Ke-47 di Kuala Lumpur.

“Presiden Donald Trump mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak Asean pada Oktober kelak dan saya beritahunya akan umumkan akan di Parlimen hari ini,” katanya.

Awal bulan ini, Setiausaha Negara AS, Marco Rubio, memberi bayangan mengenai kemungkinan Trump menghadiri Sidang Kemuncak Asean di ibu negara pada Oktober.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
4 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Kerajaan terbuka kaji gabung elemen SST, GST
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Minyak dunia bergolak, harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen
1 jam lalu · Isu semasa
Facebook dan TikTok jadi sarang utama kandungan scam
2 jam lalu · Isu semasa
Kes wanita 62 tahun disimbah petrol, dendam jadi motif: Polis KL
6 jam lalu · Isu semasa
Bekas CEO bank hadap pertuduhan tipu pelaburan RM139.8 juta
6 jam lalu · Isu semasa
Tiga maut dilanggar lori imigresen terbabas: Polis tahan dua pemandu
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok