Polis sebelum ini menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
Perdana Menteri tidak goyah dengan desakan dibuat oleh pembangkang yang merancang untuk berhimpun pada hujung minggu ini bagi mendesaknya meletak jawatan.
Anwar Ibrahim berkata perhimpunan ’Turun Anwar’ yang dianjur PAS tidak akan memberi kesan besar kepada negara dan orang ramai tidak perlu berasa bimbang kerana akhirnya pilihan raya juga yang menentukan sesebuah kerajaan nanti.
“Sekarang bukan saya hendak politikkan, apa sahaja langkah atau kadang-kadang nama Islam atau pertubuhan atau parti Islam, sanggahan itu tidak langsung pertimbangkan langsung akhlak dan adab.
“Ini membimbangkan bukan soalnya pertikaian politik, itu tunggu pilihan raya lebih dua tahun lagi. (Himpunan) Turun Anwar tidak beri kesan, jangan bimbang, “ katanya ketika berucap pada Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan hari ini.
Polis sebelum ini menjangkakan antara 10,000 hingga 15,000 orang akan menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadualkan pada 26 Julai ini.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihak penganjur sudah membuat pemakluman kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
Menurutnya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan berkenaan selain menjaga keselamatan peserta dan orang awam.
Polis, katanya, menjangkakan orang ramai mula berkumpul seawal pukul 11 pagi di empat lokasi yang sudah dikenal pasti sebelum masing-masing berarak ke Dataran Merdeka pada 2 petang.
Tiada penutupan jalan dirancang setakat ini namun ia bergantung kepada situasi semasa dan hanya akan dilakukan sekiranya keadaan memerlukan.
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum