Tuntutan titah adendum, PMX kata sedia berbincang dengan pimpinan UMNO

July 18, 2025 · Politik

Anwar Ibrahim mengambil maklum berhubung tuntutan dibuat pimpinan UMNO berhubung titah adendum bekas perdana menteri, Najib Razak.

Perdana Menteri berkata sedia bertemu untuk berbincang dan memberi penjelasan kepada mereka, bagaimanapun tidak boleh mendahului mahkamah kerana perkara mengenai titah tersebut sudah dirujuk kepada badan kehakiman terbabit.

“Ramai Ketua UMNO bahagian membangkitkan isu adendum dan mohon supaya ada pertemuan dengan saya, menggesa supaya ada pelaksanaan.

“Saya sudah beritahu kepada Presiden UMNO, Timbalan Presiden UMNO dan pimpinan UMNO bahawa saya sedia mengadakan perbincangan dengan mereka, memberi penjelasan sekiranya perlu atau melakukan apa yang baik untuk menjaga keharmonian,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Istiqlal, Presint 14 hari ini.

Semalam, seramai 145 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara mendesak Anwar mengambil tanggungjawab penuh melaksanakan titah adendum bagi membenarkan Najib menjalani baki hukuman penjara secara tahanan rumah.

Mereka menegaskan, ia sebagaimana diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16, sekali gus tiada lagi alasan untuk melengah-lengahkan pelaksanaannya.

Pada 9 Julai lalu, media melaporkan Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak mempertikaikan kewujudan titah adendum yang membolehkan Najib menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.

Sebaliknya, AGC mempertikaikan prosedur untuk mengemukakan titah itu sebagai bukti baharu dalam permohonan semakan kehakiman Najib di Mahkamah Tinggi.

Najib yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan kesalahan menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd, memfailkan petisyen untuk mendapatkan pengampunan diraja pada 2 September 2022.

Lembaga Pengampunan kemudiannya mengurangkan hukuman penjaranya daripada 12 tahun kepada enam tahun, manakala denda dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Berita berkaitan
Kerajaan mula kaji sistem cukai hybrid SST-GST: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
7 jam lalu· Isu semasa
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
9 jam lalu· Politik
RCI Tabung Haji: Siasatan tak terikat untuk tempoh 2014-2020, boleh diperluas
August 18, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
4 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok