Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi.
Mana-mana ahli UMNO yang dikenal pasti menyertai dan terlibat dalam perhimpunan pembangkang di ibu negara, semalam akan dipanggil untuk memberi penjelasan.
Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi berkata ahli-ahli parti terlibat dalam himpunan ‘Turun Anwar’ semalam akan berdepan siasatan dalaman yang akan dijalankan terlebih dahulu bagi membuktikan kesahihan sebelum tindakan susulan diambil.
“Saya nak lihat dahulu siapa yang hadir. Saya dan pasukan akan bertanya kenapa mereka hadir.
“Pendirian UMNO jelas, kita tidak menyokong perhimpunan seperti itu,” tegasnya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Raub 2025 di Dewan Jubli Perak hari ini.
Tambah beliau, UMNO telah menyatakan komitmen untuk tidak terlibat dalam sebarang perhimpunan yang boleh menggugat kestabilan kerajaan.
Katanya, peranan UMNO dalam Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Perdana Menteri, Anwar Ibrahim adalah untuk memperkukuh, bukan meruntuhkan kerajaan sedia ada.
Himpunan anjuran pembangkang Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam berlangsung tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Polis menganggarkan seramai 18,000 peserta hadir pada perhimpunan berkenaan.
Henti bertelingkah, utamakan kebajikan rakyat: Anwar
ADUN PAS minta MB Perlis jelaskan sebab tangguh sidang DUN
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan