UMNO akan teruskan usaha penyatuan Melayu, tak perlu layan kritikan: Johari

March 15, 2026 · Politik

UMNO tidak perlu melayan kritikan atau prasangka buruk daripada mana-mana pihak terhadap inisiatif Rumah Bangsa yang bertujuan menyatukan orang Melayu dan umat Islam, kata Johari Abdul Ghani.

Menurut Naib Presiden parti itu, UMNO sebaliknya perlu terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perpaduan politik Melayu tanpa memaksa mana-mana parti atau individu untuk menyertainya.

“Kita panggil orang masuk, tetapi kalau ada parti Melayu lain yang tak mahu, kita tak boleh paksa.

“Kalau orang tak nak masuk, kita tak payah nak bergaduh dengan mereka,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Sumbangan Aidilfitri 2026 di Padang Blok B7 Desa Pandan hari ini.

Johari menegaskan UMNO juga tidak perlu bertelagah dengan mana-mana pihak yang memilih untuk berada dalam parti lain walaupun mengkritik UMNO.

“Katakan ada orang Melayu sudah masuk parti lain dan tak mahu masuk parti kita, kemudian kondem kita, tak apalah. Dia tak nak masuk, sudahlah. Kita tak perlu berlawan dengan mereka,” katanya.

Pada majlis itu, lebih 2,500 pek sumbangan Aidilfitri diagihkan kepada penduduk sekitar, termasuk di Dewan Yayasan Bena Nusa, Taman Maluri.

Sepanjang Ramadan ini, kira-kira 15,000 pek bantuan dirancang untuk diagihkan kepada masyarakat setempat.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkata, inisiatif Rumah Bangsa tidak mempunyai had masa tertentu dan sesiapa sahaja bebas menyertainya pada bila-bila masa.

“Politik ini terbuka. Kita buka ruang kepada sesiapa yang mahu kembali atau menyertai UMNO. Kalau mereka kata nak tunggu pilihan raya akan datang, itu terpulang kepada mereka,” katanya.

Rumah Bangsa diperkenalkan oleh Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi, sebagai platform untuk menghimpunkan semula orang Melayu di bawah satu kerangka politik yang lebih luas.

Namun, cadangan itu mendapat kritikan daripada Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang sebelum ini menyatakan partinya tidak bersedia menyertai gagasan tersebut kerana menyifatkannya sebagai struktur politik yang tidak kukuh.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Zahid baru-baru ini memaklumkan inisiatif Rumah Bangsa menerima sambutan menggalakkan termasuk daripada bekas ahli serta pemimpin UMNO yang pernah digantung atau dipecat.

Antara yang menyatakan kesediaan untuk kembali ialah bekas Naib Presiden UMNO, Hishammuddin Hussein, selain bekas Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, yang sebelum ini dipecat daripada parti pada 2023.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
7 jam lalu· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kes saman Rosmah: Saksi dedah wang, barang kemas bertaburan dalam serbuan Pavilion
3 jam lalu · Politik
Rosmah nafi hilangkan barang kemas dari Lubnan
8 jam lalu · Politik
AMK Johor cadang tangguh PRN, fokus bantu rakyat hadapi krisis
April 13, 2026 · Politik
PKR Titiwangsa cadang kuota subsidi diesel kepada pengguna persendirian
April 13, 2026 · Politik
Samsuri sahkan pengunduran Hamzah sebagai Ketua Pembangkang
April 13, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok