UMNO Batu umum putus hubungan dengan PH Wilayah Persekutuan

September 17, 2025 · Politik

UMNO Bahagian Batu secara rasmi memutuskan hubungan dengan semua komponen Pakatan Harapan (PH) di peringkat bahagian dan Wilayah Persekutuan.

Keputusan memutuskan hubungan dengan PH tersebut disusuli dengan peletakan jawatan Ketua UMNO Bahagian Batu, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim, daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).

Beliau mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YWP berkuat kuasa serta-merta, sebagai tindakan selaras dengan keputusan yang telah diputuskan oleh Biro Politik UMNO Bahagian Batu.

“Ingin saya maklumkan kepada semua, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan WP berkuat kuasa serta merta,” jelas Gulam Muszaffar dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Beliau menegaskan langkah tersebut adalah muktamad dan dilakukan demi kepentingan parti.

“Surat peletakan jawatan akan saya hantar kepada Pengerusi YWP dalam masa terdekat.

“Keputusan yang diambil saya selaras dengan keputusan Biro Politik UMNO Bahagian Batu yang memutuskan hubungan dengan rakan politik di dalam komponen PH di Batu dan WP,” ujarnya lagi.

Difahamkan, keputusan untuk memutuskan hubungan dengan PH itu adalah muktamad.

Tindakan tegas dari bahagian tersebut mencerminkan gesaan akar umbi untuk mengambil pendirian yang lebih jelas berhubung masa depan politik parti.

Sementara itu, sebuah portal melaporkan Gulam Muszaffar berkata UMNO Batu memutuskan hubungan dengan PH kerana tidak puas hati berkaitan pengagihan sub zon Majlis Perwakilan Penduduk (MPP).

Katanya, PH tidak menunaikan janji memberikan satu daripada enam sub zon, yang akhirnya diperoleh PKR.

Dia juga berkata anggota Parlimen Batu P Prabakaran daripada PKR tidak pernah memberikan peruntukan kepada Umno untuk membuat kerja-kerja di parlimen Batu.

Berita berkaitan
Tangguh PRN: Mat Maslan jelaskan itu pandangan peribadi
April 14, 2026· Politik
Mat Maslan cadang tangguh PRN Johor, Melaka
April 13, 2026· Politik
Amanah Tegur Pemuda UMNO berhubung isu harga minyak
April 11, 2026· Politik
Khaled: Tuduhan dibuat Mahathir isu lama
April 11, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Amanah kritik cadangan PAS tangani krisis ekonomi tak realistik
6 jam lalu · Politik
PN kena segera lantik Ketua Pembangkang, sokong sesiapa saja calon PAS: Muhyiddin
9 jam lalu · Politik
Akmal bidas DAP Kota Melaka cadangkan isytihar darurat tangguh PRN
9 jam lalu · Politik
Puad sokong PRN Johor diadakan lebih awal, yakin UMNO-BN berpeluang cerah
9 jam lalu · Politik
Isu harga minyak: Pemuda PKR kritik kenyataan Hadi, sifatkan sekadar retorik
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok