UMNO belum terima permohonan Khairy setakat ini: Asyraf

November 1, 2025 · Politik

Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, masih belum mengemukakan sebarang borang permohonan rasmi untuk menyertai semula UMNO.

Perkara itu dinyatakan oleh Setiausaha Agung parti, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, yang memaklumkan secara peribadi belum menerima sebarang dokumen berkenaan seperti yang digembar-gemburkan dalam media sosial.

Menurut Asyraf, walaupun tempoh pemecatan Khairy pada Januari 2023 telah memenuhi syarat untuk beliau memohon kembali, keputusan muktamad terletak di tangan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

“Setakat hari ini, Khairy belum menghubungi saya berhubung perkara itu, malah saya tidak menerima apa-apa maklumat atau borang permohonan memasuki UMNO daripadanya,” katanya dipetik laporan media.

“Borang permohonan itu jika ada, mesti akan sampai kepada saya untuk saya uruskan dan bawa perkara itu kepada jawatankuasa rayuan parti dan kemudian kepada MKT UMNO untuk memuktamadkannya,” tambahnya lagi.

Mengulas mengenai prinsip parti, Asyraf Wajdi menekankan sikap terbuka UMNO untuk menerima semula bekas ahlinya yang telah dipecat atau digantung.

“Kita akan adakan mesyuarat MKT UMNO pada 8 November ini,” katanya.

Asyraf menyatakan kesediaan parti untuk memberi peluang kedua kepada mana-mana bekas ahli parti.

“Tidak ada sebab untuk UMNO menghalang mereka kembali kepada parti selepas menyedari perkara itu serta memohon maaf mengenainya,” ujarnya.

Menurutnya, keadaan politik semasa telah membuka mata ramai pihak tentang peranan UMNO.

“Ramai mengakui dasar dilaksanakan kerajaan diterajui UMNO adalah yang terbaik.

“Kita sentiasa mengalu-alukan [kembalinya bekas ahli] sebab kita parti yang memperjuangkan rakyat, tidak menutup pintu kepada sesiapa termasuk bekas pemimpin kita yang mahu menyumbang kepada negara,” katanya.

Berita berkaitan
DNAA: Zahid, AG dapat kebenaran cabar semakan kehakiman Badan Peguam
20 jam lalu· Politik
Isu RM2.1 bilion KKDW: Akmal persoal laporan Guan Eng kepada SPRM
22 jam lalu· Politik
SPRM perlu teliti isu RM2.1 bilion projek jalan luar bandar: AMK
23 jam lalu· Politik
PRN Melaka: 14 November hari mengundi, penamaan calon 31 Oktober
October 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH umum calon PRN Melaka minggu depan
14 jam lalu · Politik
Kemelut Exco: MB Negeri Sembilan minta selesaikan satu-satu
14 jam lalu · Politik
Aminuddin terkejut 10 Exco saman kerajaan Negeri Sembilan
22 jam lalu · Politik
DUN Sarawak dijangka bubar November, PRN makin dekat
October 7, 2026 · Politik
10 ADUN Negeri Sembilan cabar pembatalan pelantikan Exco di mahkamah
October 7, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok