UMNO disaran nilai semula peranan dalam kerajaan, gesa Ku Li

December 25, 2025 · Politik

Veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan parti itu mengkaji semula kedudukannya dalam Kerajaan Perpaduan sekiranya perkembangan berkaitan titah adendum melibatkan Najib Razak didapati bercanggah dengan prinsip perjuangan parti itu, khususnya dalam mempertahankan kedaulatan Raja-raja Melayu.

Beliau berkata, kepimpinan UMNO juga wajar mempertimbangkan untuk melepaskan jawatan dalam kerajaan jika langkah itu boleh mengembalikan pengaruh parti tanpa perlu bergantung kepada pihak lain.

Menurutnya, prinsip dan perlembagaan parti tidak seharusnya diketepikan demi kepentingan jawatan.

“UMNO ada undang-undang dan perlembagaan sendiri yang sepatutnya kita hormati, ikut dan patuh. Jika tidak, tidak ada maknanya perjuangan UMNO selama ini sekiranya hanya kerana kerusi empuk,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur.

Tengku Razaleigh turut melahirkan rasa kecewa terhadap kepimpinan tertinggi UMNO yang dilihat tidak mengambil sebarang pendirian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan Najib untuk menjalani baki hukuman penjara melalui tahanan rumah.

Katanya, sehingga kini belum ada tanda-tanda UMNO akan mengadakan mesyuarat di peringkat tertinggi bagi menilai implikasi keputusan tersebut terhadap parti.

“Sampai hari ini kita belum dengar cerita UMNO ada cadangan nak mengadakan sidang di peringkat tertinggi untuk mengkaji kedudukannya.

“Sedangkan UMNO adalah parti yang membantu penubuhan Kerajaan Perpaduan. Tanpa sokongan ahli Parlimen UMNO, kerajaan ini tidak akan wujud,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika wujud gesaan daripada beberapa pihak dalam UMNO supaya parti tersebut menarik sokongan daripada kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berikutan rasa tidak puas hati terhadap perkembangan kes Najib.

Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh sebelum ini secara terbuka menyatakan lebih baik UMNO menjadi pembangkang yang bermaruah daripada terus berada dalam keadaan “dihina”.

Selain itu, Tengku Razaleigh menggesa kepimpinan UMNO di peringkat bahagian dan cawangan supaya tidak berdiam diri dan tampil menyuarakan pandangan, selari dengan sentimen akar umbi di seluruh negara.

“Perkara ini diperkatakan di merata tempat dan sepatutnya diberi perhatian serius oleh pimpinan parti,” katanya.

Akmal kemudiannya menyambut saranan tersebut dengan menyifatkan pandangan Tengku Razaleigh sebagai cerminan suara majoriti akar umbi UMNO.

“Terima kasih kerana menyuarakan suara orang Melayu dan ahli UMNO. Sudah tiba masanya,” katanya ringkas.

Berita berkaitan
Dakwaan tawaran AS jatuhkan kerajaan: Polis terima 12 laporan terhadap Hadi
3 jam lalu· Politik
Tiada retak dalam hubungan PH-BN, kerajaan masih utuh: Chang Lih Kang
11 jam lalu· Politik
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
13 jam lalu· Politik
Kedutaan AS nafi dakwaan dibuat Hadi berhubung tawaran jatuhkan BN: Laporan
September 6, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahfuz: PAS jangan jadikan syurga sebagai umpan undi
6 jam lalu · Politik
Bukit Aman hubungi Hadi dakwaan AS tawar bantuan jatuhkan kerajaan Malaysia
9 jam lalu · Politik
PRN Melaka makin dekat, DUN bubar dua Jumaat lagi Rauf beri bayangan
10 jam lalu · Politik
AS nafi campur tangan, AMK desak Hadi tampil dengan bukti
10 jam lalu · Politik
Dakwa kuasa asing terlibat, kenapa tak lapor polis soal ketua AMK
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok