UMNO jamin tiada ‘tebuk atap’ hingga PRU16

July 20, 2026 · Politik

Usaha menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menerusi ‘tebuk atap’ tidak akan berlaku sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata pendirian itu selaras dengan perjanjian yang dipersetujui semua parti dalam Kerajaan Perpaduan.

“Inti pati pertama perjanjian membabitkan permuafakatan. Ini adalah demi untuk menjaga kestabilan, memastikan, kemakmuran dan keharmonian negara sepanjang sesi penggal Parlimen ini dapat kita sama-sama pertahankan demi untuk kemajuan negara.

“Selama hampir empat tahun kita bersama dalam kerajaan ini, semua memainkan peranan bersama menjaga kestabilan dan memakmurkan negara. Tidak ada sesiapa pun boleh menafikan peranan sesiapa. Itu asas yang penting. Maknanya kita akur dengan titah Yang di-Pertuan Agong.

“Intipati penting ialah perjanjian ini terpakai sehingga pilihan raya umum (PRU16). Sebab itulah BN, Ahmad Zahid Hamidi sendiri sentiasa menyebut kita tidak akan sesekali menebuk atap kerana itu perjanjian yang kita sepakati bersama,” katanya yang juga Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Program Perantisan MARA-SWITCHPRO, hari ini.

Menyentuh soal kerjasama BN dengan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan ketika ini, Asyraf Wajdi berkata perkembangan politik di peringkat negeri tidak boleh dijadikan ukuran terhadap kerjasama yang terjalin di peringkat Persekutuan.

Namun katanya, jika ada mana-mana pihak yang masih tidak berpuas hati, ia hanya boleh ditamatkan dengan membubarkan Parlimen.

“Jangan kita campur aduk PRN dengan persefahaman dan perjanjian yang ada di peringkat Persekutuan.

“Dalam konteks Persekutuan ini, intipati yang saya sebutkan tadi menjurus kepada semua portfolio ini sudah pun disepakati dalam perjanjian.

“Kementerian-kementerian yang dipegang oleh menteri-menteri, timbalan menteri BN dan juga agensi-agensi termasuk MARA, termasuk RISDA, termasuk FELCRA. Ini semua adalah dalam perjanjian.

“Kalau mana-mana pihak nak minta supaya kita leraikan semua perkara ini maknanya kita kena semua sepakat kita kena serahkan balik mandat ini kepada rakyat. Maknanya bubarlah. Di situ baru hilanglah, terlerailah perjanjian permuafakatan Kerajaan Perpaduan Malaysia ini,” katanya.

Kerajaan Perpaduan dibentuk selepas PRU15 pada November 2022 apabila beberapa gabungan termasuk PH, BN, GPS, GRS serta parti lain mencapai persefahaman untuk membentuk kerajaan Persekutuan dan mentadbir negara sehingga tamat penggal Parlimen.

Berita berkaitan
AUKU akan dimansuhkan, pentadbiran universiti diberi nafas baharu: Fahmi
6 jam lalu· Isu semasa
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
8 jam lalu· Politik
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
9 jam lalu· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
4 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Kerjasama PH-BN mesti atas dasar hormat, bukan untung sebelah pihak: AMK
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok