UMNO Sabah bidas GRS selepas kritik Bung Moktar dalam isu air dan elektrik

November 20, 2025 · Politik

Isu bekalan air di Sabah kini menjadi medan pertembungan politik antara UMNO Sabah dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang saling melemparkan tuduhan mengenai punca kegagalan menyelesaikan krisis tersebut.

UMNO Sabah bangkit membela pengerusinya, Bung Moktar Radin, berikutan kenyataan pemimpin GRS Armizan Mohd Ali yang menuduhnya ‘paling gagal’ semasa memegang portfolio Kerja Raya ketika berada dalam kerajaan negeri sebelum ini.

Ketua Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi Nasir berkatamasalah projek air yang dibangkitkan Armizan berpunca daripada isu sistemik dan kelemahan pentadbiran negeri, bukannya kegagalan seorang menteri.

Beliau mendakwa birokrasi rumit di Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), proses perolehan yang berlapis, serta koordinasi yang lemah dengan Kerajaan Persekutuan telah lama menjejaskan kelancaran projek kritikal.

“Masalah itu tidak berpunca daripada seorang menteri, tetapi daripada kegagalan kepimpinan utama GRS mengurus kerajaan gabungan dengan efektif,” tegas Suhaimi yang menyifatkan kritikan Armizan sebagai cubaan menutup kelemahan GRS.

Sebelum ini, Armizan yang juga Timbalan Setiausaha Agung GRS menempelak dakwaan Bung Moktar yang menyifatkan GRS sebagai kerajaan gagal.

Beliau menyifatkan Bung Moktar sendiri terbukti tidak mampu menyelesaikan masalah air semasa dua tahun memegang jawatan berkenaan.

Sementara itu, UMNO Sabah juga menawarkan pelan konkrit untuk menangani isu tersebut, termasuk mewujudkan mekanisme ‘fast-track’ bagi melancarkan projek air, menubuhkan ‘Project Delivery Unit’, dan melaksanakan reformasi di SESB.

“Rakyat boleh nilai siapa ada solusi, siapa hanya berslogan,” ujar Suhaimi.

Pertikaian ini diramalkan akan terus memanaskan landskap politik negeri sambil rakyat Sabah terus menanti penyelesaian mampan terhadap isu bekalan air yang berlarutan.

Berita berkaitan
Jika BN-PH bersama, saya tak bertanding PRN Melaka: Akmal
9 jam lalu· Politik
UMNO-BN tak berganjak, terus sokong kerajaan hingga akhir penggal: Khaled
August 17, 2026· Politik
Aminuddin ambil tanggungjawab, sedia berundur
August 16, 2026· Politik
Hajiji hadir kongres PKR, tanda hubungan dengan GRS baik
August 15, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Rafizi teruskan saman fitnah terhadap Caprice kerana dakwaan rasuah
4 jam lalu · Politik
Seorang MKT UMNO persoal gesaan ganti Asyraf Wajdi sebagai Pengerusi MARA
8 jam lalu · Politik
Syahredzan cadang peruntukan Ahli Parlimen ikut jumlah pengundi
9 jam lalu · Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026 · Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok