Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji

1 jam lalu

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Altimet berpandangan isu RCI Tabung Haji bukan soal pihak mana yang meraih keuntungan politik, sebaliknya golongan paling terkesan ialah pendeposit yang menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji.

Beliau turut mengingatkan bahawa penyalahgunaan amanah boleh menjejaskan hasrat mereka ke Tanah Suci.